Friday, May 11, 2018

Homeschool | Zoo Negara | Part IV

Selepas sesi pertunjukan haiwan, kami meneruskan perjalanan. Pheww... mujur cuaca tidak terik dan kami gagahkan kaki untuk berjalan kaki.

Bukan tiada tram, tetapi kami sekeluarga cuba mencabar diri dengan berjalan kaki untuk melihat suasana zoo negara.

Harga tiket tram adalah RM 8.00 untuk dewasa dan RM 5.00 untuk kanak-kanak.

Sambil berjalan menuju ke Muzium Lebah Sedunia, kami perlu melalui "jambatan". Tiba-tiba Aisyah menjerit. Kus semangat, toleh ke bawah Kak Ida nampak sekumpulan buaya.

Allahu, berderau darah. Horror bila mengenangkan situasi disitu. Pegang erat-erat si anak supaya tidak tergelincir atau terjatuh. Huhuhu

Manakala di sebelah sana pula adalah untuk badak air.



See? Besar buaya disitu. Bagi Kak Ida safety untuk anak kecil di sini agak tidak selamat jika ibubapa terlepas pandang. Kak Ida harap pihak muzium dapat tingkatkan keselamatan disini. 

Masuk ke Muzium Lebah Sedunia. Mmm... agak mengecewakan. Seperti tidak terurus rasanya. Kak Ida luangkan masa disini sekejap sangat.

Sempat juga mengambil gambar beberapa keping disini sebagai kenang-kenangan kami sekeluarga.





Bee wax.



Lebah Cerana Brazil


Sarang tebuan






Teruskan perjalanan lagi ke bahagian Beruang Matahari.



Taadaaa... sudah sampai. Ada seekor sahaja beruang yang ada. 



Ada juga disediakan photo booth untuk bergambar. 


Ya kawan-kawan, beruang matahari hanya tigga di Hutan Hujan Tropika



Disitu ada sekumpulan burung flamingo.


Kak Ida jatuh hati dengan view disini. Walaupun penat berjalan, tetapi kita ditemani dengan view yang cantik. Subhanallah. 

Jom, kita teruskan perjalanan ke Panda 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my