Sebenarnya, Kak Ida tidak merancang ke Kuala Lumpur. Tetapi disebabkan cuti panjang sempena kemenangan Parti Harapan dalam PRU14 pada 10 dan 11 Mei dan cuti gantian pada 13 Mei jika di Johor.
Ini bermakna Kak Ida bercuti 5 hari.
Berbincang dan si dia bersetuju. Selesai menguruskan rumah, kami sekeluarga bergerak ke Kuala Lumpur jam 8.00 malam. Alhamdulillah, traffic berjalan lancar. Kami sampai ke Kuala Lumpur jam 12.30 tengah malam.
Kami disambut dengan rendang ayam. Allahu, bertambah-tambah Kak Ida makan. Hahaha
Alang-alang ke Kuala Lumpur, Kak Ida akan merangka program homeschool untuk anak-anak.
Tetapi, disebabkan badan agak letih gara-gara PRU14, Kak Ida tidak bercadang untuk berjalan jauh.
Jadi, Kak Ida membuat keputusan untuk ke Zoo Negara. Sebelum pergi, Kak Ida membuat satu panggilan untuk pastikan sama ada zoo dibuka. Semak juga jarak perjalanan, Alhamdulillah. Hanya enam minit perjalanan dari rumah mama.
Si dia turut bersetuju dengan cadangan Kak Ida. Selepas solat Zohor, kami terus bergerak ke Zoo Negara.
Mujur tidak ramai pengunjung. Biasalah, kalau cuti-cuti panjang begini, memang Kuala Lumpur akan lengang. Ramai yang balik kampung.
Zoo Negara ini terletak di Ulu Klang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Berkeluasan 110 ekar dan ya, sangat luas!.
Harga tiket cuma RM 100.00 kerana Kak Ida mengambil pakej familiy (dua dewasa dan dua kanak-kanak). Oh ya, kena pakai kad Maybank untuk mendapatkan harga pakej ini. Ammar pula PERCUMA kerana mempunyai kad OKU manakala Adilah pula berumur bawah tiga tahun.
Pemandangan di sekitar Zoo Negara.
Salah satu tempat bersejarah. Zoo Negara telah wujud sejak dari tahun 1963 dan pembukaan Zoo Negara telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj iaitu Perdana Menteri yang pertama.
Harga tiket masuk Zoo Negara. Boleh tahan harganya...
Kami disambut oleh jenis-jenis monyet yang ada di Zoo Negara.
Kemudian, Kak Ida meneroka Children's World. Disini, ada binatang kuda kerdil, kambing, arnab dan lain-lain. Binatang yang sesuai dipegang oleh anak-anak.
Adilah ambil kesempatan untuk menyentuh kuda kerdil yang jinak.
Kemudian...
[Baca Zoo Negara | Part II]
[Baca Zoo Negara | Part III]
[Baca Zoo Negara | Part IV]
Bagi yang berminat untuk ke Zoo Negara
Facebook: Zoo Negara Malaysia
Alamat: Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, Ampang Selangor.
No comments:
Post a Comment