Wednesday, May 23, 2018

Bubur Lambuk Ramadan ke 7

Salam Ramadan ke-7

Assalammualaikum sahabat.

Tidak lengkap berpuasa jika kita tidak menjamah bubur lambuk kan di bulan Ramadan. Hidangan ini hanya disediakan sekali dalam setahun.

Eh, sebelum itu Kak Ida ingin berkongsi sejarah bubur lambuk yang dipetik di www.butterkicap.com.

Bubur lambuk dikatakan wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, apabila Parameswara atau nama baginda selepas memeluk agama Islam, Sultan Iskandar Shah yang telah menerima kunjungan Maharaja Hun Jen dari Kemboja yang mahukan sejenis makanan yang mudah ditelan tetapi sedap dan berkhasiat. Namun begitu, sumber ini mungkin agak kabur dan terlalu jauh untuk dikaitkan dengan hidangan bubur lambuk pada bulan Ramadan.

Selain itu, terdapat juga sumber bahawa bubur lambuk mula dihidangkan di Malaysia, di kawasan Kampung Bau, Kuala Lumpur oleh Said Bank pada tahun 1950-an dan sukatan rempah ratus yang digunakan dalam penyediaan bubur lambuk ini.

Tetapi, sebenarnya usul-asal bubur lambuk tidak dapat dibuktikan dan kepentingan hidangan ini hanya disediakan sekali dalam setahun.

Hari ini tekak Kak Ida betul-betul ingin menikmati bubur lambuk. Gigih si dia mencari bubur lambuk sekitar masjid di bandar, tetapi mungkin "masa" tidak kena. 

Teringat sahabat manis Kak Ida berkongsi ada bubur lambuk di Masjid Taman Sri Skudai. Maklumkan pada si dia dan syukur si dia terus membelokkan kereta ke sana. Mungkin tidak mahu menghampakan Kak Ida walaupun masa sudah agak lewat sebenarnya.


Ini kerana, bubur lambuk selalunya akan diagihkan selepas solat Asar. 

Alhamdulillah,

Sudah tertulis, rezeki Kak Ida ada disitu. Kariah masjid memberikan si dia dua bungkus bubur lambuk untuk dibawa pulang. Kebetulan "ada rezeki lebih" katanya.


Allahu. Allahu.

Terima kasih si dia. 

... dan ya sahabat, bubur lambuk di Masjid Taman Sri Skudai memang sedap. Sangat-sangat sedap.

Bubur lambuk ini dimasak oleh orang-orang lama dan ianya telah menjadi salah satu lambang perpaduan dan kesatuan bagi penduduk sekitar kerana penyediaan bubur lambuk itu sendiri dimasak secara gotong royong. 

Semangkuk bubur lambuk mampu mengeratkan sillaturrahim antara masyarakat.  

Mengagumkan!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my