Friday, May 11, 2018

Homeschool | Zoo Negara | Part II

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Akuarium Tunku Abdul Rahman. Akuarium ini adalah antara yang tertua di Malaysia.

Kami ke sini dulu kerana menunggu masa pertunjukan haiwan pada jam 3.30 petang. Jadi,masa yang ada digunakan semaksimum yang boleh.

Oh ya, sebelum terlupa, Kak Ida nak maklumkan pertunjukan haiwan diadakan dalam dua sesi iaitu jam 11.30 pagi dan 3.30 petang. Jadi, pandai-pandailah set masa kita supaya tidak terlepas pertunjukan haiwan ya. Alang-alang ke Zoo Negara kan?

Ok, jom kita tengok apa yang ada di Akuarium Tunku Abdul Rahman.




Disini ada Peguin House dari spesis Humboldt Penguin.




Kagum Ammar dan Aina melihat peguin berenang. Hihihi



Bunga orkid yang ditanam disekitar Akuarium Tunku Abdul Rahman.




Ada siri penjelajahan sungai di Malaysia. 





Ada pelbagai jenis-jenis ikan sungai seperti ikan lampan, ikan patin, ikan keli, ikan sebarau, ikan batu dan pelbagai jenis ikan sungai yang lain.











Kawasan paya.







Ikan belacak atau ikan tembakul.










No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my