Custome perbarisan rumah biru tahun ini adalah shark.
Semenjak 2 Mei lagi, ibubapa berkumpul di dalam group whatsapp untuk membantu guru demi melancarkan persediaan hari sukan rumah biru.
Bermula dari template, memotong kotak dan proses mewarna oleh cikgu sangat-sangat Kak Ida kagumi.
Berenang-renang shark di makmal. Hihi
Proses mewarma shark.
Anak-anak pula turut gigih berlatih dibawah bimbingan Cikgu Ayu untuk persembahan di hadapan khemah VVIP.
... dan inilah harinya.
Hari Sukan SKTDS kali ke-14. Ibu dan ayah minta maaf kerana tidak dapat menyantuni kerana terikat dengan kerja hakiki.
Hari ini hari pertama Kak Ida bekerja selepas bercuti panjang sempena PRU14. Bertembung pula dengan audit. Allahu. Ralat juga dihati.
Terima kasih cikgu kerana sudi berkongsi gambar dan video perbarisan. Tahniah juga kepada cikgu yang bertungkus-lumus mewarna dan menyiapkan prop demi menjayakan perbarisan ini. Nampak "hidup" kan.
Kak Ida doakan pasukan rumah biru MENANG dengan penuh bergaya.
Updated:
Alhamdulillah, Rumah Biru juara acara padang manakala perbarisan mendapat tempat yang kedua. Wahhh... Memang betul-betul mengganas jerung di padang.
Tahniah... tahniah... tahniah....
Semoga tahun depan, Pasukan Rumah Biru menang lagi. Insya Allah.
assalam , nak tanya , cikgu guna kertas apa untuk buat lukis shark tu yea? warna guna water colour ke?
ReplyDeleteya betul, guna water colour dan pen marker sahaja.
ReplyDelete