Alhamdulillah, kami sampai juga di Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara.
Akhirnya...
Oh ya, tiket masuk ke sini sudah TERmasuk dalam harga tiket masuk ke Zoo Negara. Kalau dulu, katanya berasingan.
Cadangnya, Kak Ida mahu skip. Tapi itulah, alang-alang sudah ke Zoo Negara, sayang pula kalau tidak singgah. Aisyah pula memang teringin nak tengok panda. Tetapi sebelum masuk, kami telah diberi penerangan oleh pegawai yang bertugas supaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Antaranya, tidak boleh membuat bising, tidak boleh mengambil gambar dengan menggunakan flash dan jaga keselamatan.
Pusat Konservasi Giant Panda ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Jom, kita tengok apa yang ada di dalam pusat ini.
Tahun-tahun pertama Giant Panda
Ok, baru Kak Ida tahu "buluh adalah rumput". Bukan pokok ya. Huhu. See? Banyak info yang dikongsi untuk kita tahu dengan lebih jelas.
Berdekatan dengan Pusat Konservasi Giant Panda, ada juga Pusat Penyelidikan untuk Ape Centre (Orang Utan)
[Baca Zoo Negara | Part I]
[Baca Zoo Negara | Part II]
[Baca Zoo Negara | Part III]
[Baca Zoo Negara | Part IV]
No comments:
Post a Comment