Saturday, May 5, 2018

Gas habis

Macam-macam hal bila si dia tiada.

Tengah masak, boleh pula gas habis (petanda Kak Ida memasak maksudnya. Kah!) Tetapi mengenangkan nak angkat gas memang tidaklah... Kak Ida pula yang keluar gas nanti.

Riak muka Aisyah sudah berubah. Konon alasan ibu taknak masakkan lauk ayam masak lemak kegemaran dia. Sedangkan lauk semua sudah terjerang.

Kepala ni memang fikir laju aje, Pizza Hut, KFC, Dominos. Name it!

Asalkan yang mudah sahaja.

Ting, teringat portable dapur. Si dia ada siapkan termasuk membeli gas ketika Kak Ida merancang camping yang lepas.

Allahu. Terus buka "kotak camping" dan teruskan memasak.


"Sedap lain macam ayam masak lemak ibu hari ini."

Ayat pujuk hati ibu. Ibu tahu...

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my