Destinasi hari ini adalah Warung Teh Sarbat Asli yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak.
Signature warung ini semestinya teh sarbat, roti bakar, telur mata. Nasi dan mee yang digoreng pun ada. Ala-ala kopitiam tapi versi melayu. Hihihi
Sambil tunggu pesanan sampai. Kak Ida memilih untuk merasai teh sarbat dan roti bakar. Selfie sekeping dulu dengan si dia.
Inilah rupa air tehnya. Memang phewww rasanya. Rasa halia memang kaw-kaw ya. Bukan sekadar "campur-campur" gitu... Kata si dia, halia ini dijemur. Tidak pasti apa sebabnya. Yang pasti, selepas minum, rasailah "angin" dibuang keluar dari setiap sudut badan. Hahaha.
Roti bakar kaya dan mentega. Sedap kerana rotinya yang lembut dan memang penuh isi kaya dan mentega.
Ini tempat bancuh air. Bekas ini memang untuk air teh sahaja.
Harga memang sangat-sangat berpatutan. Insya-Allah.
Ok, pada mereka yang teringin hendak menikmati teh sarbat, boleh google atau waze
Warung Teh Sarbat Asli Johor Bahru
Jalan Tun Abdul Razak (Susur 1)
Bandar Johor Bahru
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Jumpa lagi entry akan datang. Tata.
No comments:
Post a Comment