Hari kedua Kak Ida berada di Kuala Lumpur.
Sebelah pagi selepas bersarapan nasi lemak, Kak Ida mengambil kesempatan untuk menemani mama ke Pasar Tani di AU2, Lembah Keramat.
Salah satu tempat MESTI PERGI. Hahaha
... sebelum pergi, seperti biasa Kak Ida akan call dulu untuk memastikan PSN dibuka. Tempoh perjalanan dari rumah mama memakan masa selama 21 minit.
Sebenarnya, Pusat Sains Negara salah satu tempat yang Kak Ida mahu berkunjung membawa anak-anak.
Ada dua bahagian yang kita perlu tahu iaitu Galeri Pameran Indoor, Pameran Bertema dan Zon Pameran Outdoor.
Kali ini Kak Ida kongsikan dulu apa yang ada di Galeri Pameran Indoor kerana kengkangan masa dan cuaca diluar yang tidak mengizinkan untuk Kak Ida sekeluarga menjelajah Zon Pameran Outdoor.
Galeri Pameran Indoor mempunyai Akuarium Hidupan Marin dan Akuarium Ikan Air Tawar yang terletak di ruang legar pintu masuk Pusat Sains Negara.
Istimewanya di sini adalah kita akan melalui akuarium terowong ikan air tawar pertama di Malaysia.
Kemudian, kita akan ke Galeri Wonderspark. Galeri ini membolehkan anak-anak belajar tentang sains di sebalik fenomena semulajadi berkenaan Akua, Cahaya dan Angin serta elemen-elemen yang membantu mengemudi teknologi hijau di masa hadapan.
Kak Ida sekeluarga teruskan perjalanan ke Kid's Discovery Place yang merupakan galeri berkonsepkan bermain dan meneroka sambil belajar dalam persekitaran yang berinteraktif, hands-on, ceria, selesa dan mengujakan untuk kanak-kanak. Memang seronok Kak Ida tengok gelagat anak-anak yang teruja untuk mencuba pelbagai jenis permainan yang ada disitu.
Bumbung Pusat Sains Negara yang menarik perhatian Kak Ida. Cantik kan?
Jom baca meminati Homeschool | Pusat Sains Negara (PSN) | Part II
No comments:
Post a Comment