Baca Homechool | Pusat Sains Negara (PSN) | Part I dahulu.
Penjelajahan Pusat Sains Negara diteruskan dengan Galeri Eureka. Dalam galeri ini, anak-anak perlu mencabar minda untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.
Kemudian, Kak Ida ke Aras dua yang menempatkan I-Rays. Disini ada menerangkan tentang dunia sinaran dalam tiga bahagian pameran iaitu Pengenalan kepada sinaran, tokoh dalam teknologi sinaran dan kegunaan sinaran dalam perubatan, kajian sains dan pertanian.
Bersebelahan I Rays, adalah ruangan Galeri Penerbangan yang menempatkan sejarah dan prinsip asas penerbangan iaitu prinsip Bernoulli, aerodinamik dan bagaimana prinsip ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan.
Ya kawan-kawan, di Galeri Penerbangan, inilah yang paling mengujakan Kak Ida. Kita dapat merasai pengalaman menerbangkan helikopter. Phewww...
Ini pula, bila cahaya dipantulkan pada kapal terbang, kipas akan berpusing.
Setelah turun dari Aras Dua, Kak Ida luangkan masa sekejap di Peneroka Comel. Aplikasi konsep bermain sambil meneroka dan belajar. Galeri ini melibatkan kemahiran pergerakan motor dan minda khususnya bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun.
Tempat ini juga sesuai bagi ibu dan ayah merehatkan kaki sekejap. Hahaha...
Alhamdulillah, selesai misi homeschool kali ini ke Pusat Sains Negara. Insya-Allah Kak Ida akan jejakkan kaki ke sini lagi bagi meneruskan misi Zon Pameran Outdoor dilain masa.
Ok, bagi mereka yang ingin meluangkan masa sambil belajar bersama anak-anak di Pusat Sains Negara boleh ke
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Persiaran Bukit Kiara
50662 Bukit Kiara
Kuala Lumpur
Ok, kita jumpa lagi di entry akan datang. Tata.
No comments:
Post a Comment