Antara tempat kegemaran Kak Ida di Jalan ini adalah Restoran It Roo Cafe.
Restoran ini terletak di Jalan Dhoby bersebelahan dengan Jalan Pahang.
... dengan slogan The Best Chicken Chop In Town, memang sedap weeehhh....
Sambil menunggu pesanan tiba, kita akan dihidangkan dengan sepiring kacang goreng. Sambil berbual, ada juga kudapan ringan. Oh ya, kacang ini tidak percuma ya. Sepiring kacang ini berharga RM 2.00. Kalau habis, boleh minta pada pelayan untuk ditambah. Sediakan sahaja duit.
Harga chicken chop. Sepinggan RM 16.00 sahaja. Chicken chop ini dihidangkan dalam dua versi sama ada mahu digoreng atau dipanggang (grill). Sos untuk chicken chop pula sama ada black paper ataupun mushroom.
Jika Kak Ida makan disini, Kak Ida memilih chicken chop mushroom.
Kedai ini berlatarbelakangkan gambar Johor Lama. Ada juga hiasan-hiasan lama seperti air tin lama, botol dan potret Lady D.
Restoran It Roo Cafe ini dibuka dari jam 12.00 tengahari sehingga 9.30 malam. Saranan Kak Ida, jika datang berkumpulan, hubungi dahulu untuk tempahan tempat. Kalau terjah aje, memang kena menunggu jawabnya. Tempat terhad dan SENTIASA PENUH.
Jadi, mana-mana yang mahu merasai makan tengahari untuk menu chicken chop boleh waze ke
17, Jalan Dhoby
Bandar Johor Bahru
80000 Johor Bahru
Johor
No comments:
Post a Comment