Acara tahunan di pejabat Kak Ida menjelang bulan Ramadan yang akan tiba.
Majlis tahlil dan doa selamat. Alhamdulillah, majlis ini diketuai oleh sahabat Kak Ida, Encik Mazlan bin Md Nor.
Sebak dan sayu bila Mazlan membaca nama seorang demi seorang almarhum dan almarhumah yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kita.
"Ya Allah, berikanlah keampunan kepadaku atas dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua orang tuaku, dan kasihanilah keduanya itu sebagaimana beliau berdua telah merawatku ketika aku masih kecil, begitu juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, semua orang yang beriman, laki-laki mahupun perempuan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia, dan ikutkanlah diantara kami dan mereka dengan kebaikan. Ya Allah, berilah keampunan dan belas kasihanilah kerana Engkaulah Tuhan yang lebih berbelas kasih dan tiada daya dan upaya kecuali dari pertolongan-Mu"
Selepas majlis tahlil, kami menjamu selera dengan air tangan masing-masing (potluck).
No comments:
Post a Comment