Wednesday, May 9, 2018

PRU14 | Hari Pengundian

Seawal jam 6.30 pagi Kak Ida sudah kejutkan si dia bangun dari tidur yang yang lena.

Hari ini adalah hari yang dinanti seluruh rakyat Malaysia.

Hari Pengundian. Semangat ala-ala Malaysia Baru.

Si dia keluar untuk beli sarapan dan Kak Ida siapkan diri untuk keluar mengundi.

Setelah bersarapan, si dia dan anak-anak menghantar Kak Ida dahulu ke Sekolah Kebangsaan Sri Skudai. 

Kak Ida mengundi di saluran no 6 dan bil adalah 3311. Sebelum keluar mengundi, Kak Ida sarankan kita semak dulu di https://pengundi.spr.gov.my/

Picit no kad pengenalan, dah nahh... semua butiran keluar.

Mujur proses pengundian cepat dan kemudian kami berkejar pula ke Sek Keb Cina Ping Ming di Lima Kedai untuk giliran si dia pula untuk mengundi.


Kami ready for PRU14. Yeay


Inilah sekolah tempat mengundi Kak Ida. Sekolah Kebangsaan Sri Skudai.

Oh ya, Kak Ida juga pernah bersekolah disini. Dari darjah 4 sehingga darjah 6.


List to do Kak Ida adalah bergambar bersama dengan si dia sambil menunjukkan jari bercelup tanda #DoneUndi. Hihihi

Kami sudah memangkah, anda?



Pada awalnya, warna dakwat celup ini berwarna ungu lembut. Tetapi lama-kelamaan semakin hitam dan hitam. Ya, Kak Ida adalah sebahagian dari sejarah PRU14 ini.

Kak Ida juga tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan BFF Kak Ida, Intan yang turun mengundi di Johor Bahru. 

Kami berdua menghabiskan masa di Jusco Taman Universiti dan seperti biasa, sempat selfie sekeping dua tanda kami #DoneUndi. Hihihi





Inilah pose Kak Ida sejurus selepas memangkah. Insya Allah, panjang umur kita akan berjumpa di PRU15 pada tahun 2023.

See you next entry. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my