Alhamdulillah, hari ini Kak Ida menyantuni Majlis Berbuka Puasa si dia di Hotel Amari, Johor Bahru.
Kebetulan hari ini hari bekerja, Kak Ida dan si dia mengambil keputusan untuk mengambil anak awal dari kebiasaan dan habiskan masa di bandar sahaja sementara menanti waktu berbuka.
Tidak berbaloi hendak berpatah balik ke Skudai. Dikhuatiri jalan sesak. Naya!
Selepas waktu bekerja, kami membuat keputusan untuk melepak di Galleria Kotaraya. Disitu ada Activity Park, Angry Bird.
Mini Angry Bird Theme Park.
Masuk adalah PERCUMA. Tempat ini sesuai untuk mengasah skill motor halus dan kasar kerana anak perlu memanjat, melompat, menggelongsor dan macam-macam lagi. Hahaha
Tetapi kalau mahu yang berbayar dan mahu lebih kepuasan bermain, kita perlu ke JBCC.

[Baca pengalaman Kak Ida ke Angry Bird Theme Park]
Bila jam sudah menunjukkan pukul 6.15 petang dan anak pun sudah puas bermain, si dia terus membuat keputusan untuk gerak ke Amari Hotel.
Pertama kali sebenarnya Kak Ida ke hotel ini.
Mujur bila bulan Ramadan, keadaan cukup lengang di bandar. Kami park kereta di Level 2 (di level ini juga terletaknya surau Amari Hotel).
Memang hotel ini mudah diakses.
Lift pula bersuasanakan suasana luar. Lobi Amari Hotel ini terletak di Tingkat 6. Bila lift dibuka, memang terus sampai pintu depan restoran.
Lift pula bersuasanakan suasana luar. Lobi Amari Hotel ini terletak di Tingkat 6. Bila lift dibuka, memang terus sampai pintu depan restoran.
Memang mengagumkan Kak Ida. Allahu, cantiknya hotel ini.
Kedatangan kami sekeluarga disambut dengan dendangan band live. Cukup menghiburkan dengan alunan muzik dan juga irama tradisional.
Jom kita tengok menu apa yang ada di Amari Hotel.
Kegemaran Kak Ida, pelbagai jenis sup dalam satu mangkuk. Ada tulang, babat, ekor, daging, mutton dan ayam. Memang menyelerakan Kak Ida bila sup dimakan panas-panas.
Ini dibahagian salad.
Live band.
Seronok lihat anak enjoy menikmati hidangan berbuka puasa.
Menu pilihan Kak Ida.
Syukur alhamdulillah kerana berpeluang menikmati juadah berbuka puasa yang cukup enak sekali. Terima kasih si dia kerana sudi membawa kami. Hihi
Ok, ini dulu entry kali ini. Kita berjumpa di masa akan datang. Tata
No comments:
Post a Comment