Monday, June 18, 2018

Assalammualaikum nenek, Kak Ti datang

Raya kedua, Kak Ida merancang untuk ke Jelebu, Negeri Sembilan.

Membawa mama berjumpa mak.

Membawa cucu berjumpa nenek, dan;

Membawa cicit berjumpa moyang.

Seawal jam 8 pagi selepas bersarapan nasi lemak dirumah, kami sudah bergerak.

Sebelum itu, si dia sudah melihat traffic dulu di Waze dan kami membuat keputusan melalui jalan Segenting Serendah.

Subhanallah, sungguh indah pemandangan disitu. Nyaman kerana udaranya yang tidak tercemar kerana dikelilingan hutan. Istimewanya disitu ada empangan yang airnya membiru.

Monyet pun ada menemani perjalanan kami ke Jelebu. Hahaha


Sampai di Jelebu lebih kurang jam 9.33 pagi. Itupun sampai perlu "check-in" Hospital Jelebu kerana tiba-tiba perut semua memulas bagai. 

Cuaca pula sudah semakin terik, jadi kami membuat keputusan untuk terus ke kubur. 

Rupa-rupanya, "adat" disini mereka akan berziarah kubur pada hari kedua raya. Jadi, memang ramai la yang datang. Tidak sunyi. 




Kami ambil kesempatan untuk bersihkan kubur nenek, paklong, kak lang dan moyang.

Al Fatihah.



Selesai mengemas "rumah" nenek, kami singgah ke rumah sepupu mama di Taman Nagamas. 

Alang-alang ke sini kan?

Alhamdullilah, dapat juga merasa lemang Negeri Sembilan. Memang kaw kaw rasa lemak lemang weh... bertambah-tambah Kak Ida makan. Sampai terlupa nak ambil gambar bagai. Hihihi



Sebelum Kak Ida bergerak balik ke Kuala Lumpur. Kak Ida memuaskan hati dengan "shopping" di Pekan Kuala Klawang. Niat di hati hendak juga menyinggah untuk membeli rojak kegemaran disitu, tetapi sungguh... masa amat mencemburui Kak Ida.

Di Pekan Kuala Klawang, ada kedai wajib singgah kalau Kak Ida ke situ. Hahaha Tetapi itulah, tak sempat nak ambil gambar bagai sebab mengejar masa.

Ok readers, tunggu entry Kak Ida kemana selepas ini. 

Tata!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my