Wednesday, June 6, 2018

Merafak sembah takziah

Sebenarnya, ini kali pertama Kak Ida menyantuni perarakan membawa jenazah.

Pengalaman yang cukup bermakna pada diri Kak Ida.

Ketika Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail mangkat, Kak Ida dalam perjalanan ke Pahang untuk menuntut ilmu. 

Manakala ketika Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim mangkat, Kak Ida pula tidak bekerja. 

Pada hari pemakaman, Kak Ida memakai tudung putih sebagai tanda berkabung.

Jadi, bila oficemate Kak Ida mengajak Kak Ida untuk turut serta, Kak Ida tidak mahu melepaskan peluang untuk merafak sembah takziah dan menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatan bonda Sultan Johor, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Kak Ida kongsikan video dan beberapa keping gambar untuk perkongsian dan kenangan.



Kami berbaris di luar bangunan Wisma Persekutuan Johor Bahru.





Pedati khas ini ditarik oleh 40 Askar Timbalan Setia (TSN) dan berarak sejauh 2.8 kilometer ke Makam Diraja Bukit Mahmodiah, Johor Bahru.


Kak Ida doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my