Monday, June 18, 2018

BookXcess | Pengalaman kedai buku 24 jam

Selepas beraya dirumah Jiji, Jiji membawa Kak Ida ke satu tempat kegemaran Kak Ida.

... KEDAI BUKU!

Kedai buku yang menawarkan harga buku yang cukup murah kerana menawarkan diskaun 50% - 80%. Boleh bayangkan betapa "sasau"nya bookworm? Hahaha

Menariknya, kedai buku ini dibuka 24 jam dan mempunyai keluasan 37,000 kaki persegi.


Luas kan? 


Nama kedai buku ini ialah BookXcess.

Terletak di Tamarind Square, Cyberjaya. Memang wow kerana jarak perjalanan hanya 5 minit (berkereta) dari rumah Jiji.

BookXcess bukan sekadar "kedai buku", malah lebih dari itu kerana fasiliti dan kemudahan yang disediakan disini cukup lengkap.


Kedatangan Kak Ida disambut dengan deretan buku Harry Potter yang berharga RM 29.90 sahaja.



Hiasan dinding yang terletak di sana.




Ini dibahagian buku kanak-kanak. Memang wow dan ada juga sudut sudut untuk anak-anak ini membaca sebelum ingin membeli buku. Cukup selesa dan nyaman.


Salah satu hiasan dinding di BookXcess yang menarik perhatian Kak Ida.


Quote dari Marina Mahathir. Menarik untuk dijadikan idea di mini library dirumah Kak Ida pula.



Ya, ini buku untuk Ammar. Semestinya berkenaan tentang fire engine. Hihihi


Kak Ida bergambar di satu sudut dinding BookXcess. 


Sebenarnya, kedai buku ini pada asalnya adalah tempat letak kereta. Nampak kan "parking lot" disitu? 

Memang menarik.



Selfie dulu sebelum balik.


Alhamdulillah, pengalaman pertama Kak Ida ke kedai buku 24 jam. Jadi, bagi mereka yang ingin mencari "udara baru", boleh datang ke sini. 

BookXcess @ Tamarind Square
Cyberjaya
63000 Cyberjaya, Selangor
03-27262438

Jumpa lagi di entry akan datang. Tata

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my