Sunday, June 17, 2018

Teknik langsai hutang dengan AsmaulHusna

Simpanan nota ini untuk Kak Ida.

Terima Kak Umi atas perkongsian ini.

TEKNIK LANGSAI HUTANG DENGAN ASMAULHUSNA

Ya Affuw Ya Ghafar Ya Tawwab, sesungguhnya hutang ini hukumanMu kepada diri ini yang mengutamakan dunia dan mengejar keuntungan dunia.

Ya Allah maafkan dan ampunkan kami. Sungguh! Kami yang mengzalimi diri kami. Ya Allah terimalah taubat kami atas kesilapan dan kegilaan dunia dihati kami.

Ya Fatah Ya Salam, bukakanlah pintu kemudahan untuk kami membayar hutang-hutang kami. Hanya Engkaulah Ya Baari mengatur, menyusun segala urusan dunia kami.

Allah Ya Baari inilah hutang kami dengan manusia dan bank, kami serahkan semuanya kepadaMu. 

Engkaulah sebaik-baik perancang.

Ya Fatah Ya Mukmin, kurniakan keamanan dihati kami dan sahabat yang kami berhutang. 
Ya Shobur, alirkanlah kesabaran kepada mereka.

Ya Razaaq Ya Ghoniy Ya Mughniy Ya Fatah Ya Wasi Ya Basith, Engkaulah pemilik rezeki 7 lapis langit 7 lapis bumi, kurniakanlah rezeki supaya semua hutang ini dapat dilangsaikan.

Ya Hafiz Ya Muhaimin, pelihara Dan jagalah kami dari syaitan dan nafsu kami. Ya Allah lindungi kami dari menjadi hamba dunia, ketagihan dan mengutamakan dunia. 

Ya Sami' Ya Mujib dengarlah rintihan dan makbulkan permohonan kami.

Langkah:

1. Buat senarai hutang, nama dan jumlah.

2. Memohon keampunan Allah, pasti kita berhutang kerana mengejar kekayaan atau keuntungan.

3. Buat solat taubat, selesai solat mengadu sebab berlakunya setiap hutang. Lepas itu, zikir Ya Affuw Ya Ghafar Ya Ghofur Ya Tawwab. Berbicaralah dengan Allah memohon maaf dan keampunan.

4. Selesai solat sunat taubat, buat solat sunat 2 raakat. Solat memohon pertolongan Allah untuk mengurus hutang dan menyerahkan 100% kpd Al Bari' menguruskannya.

5. Lepas solat, lafaz penyerahan. Ya Allah Ya Baari, aku menyerahkan urusan hutang ini kepadaMu. 

Kemudian, zikir Ya Baari 1000x atau sebanyak-banyaknya.

YAQINLAH ALLAH PASTI MENGURUS DAN MEMBANTU KITA.

Setiap kali teringat tentang hutang, zikirlah nama2 Allah.

Berniat untuk membayar semua hutang. Mohon Allah mudahkan semua hutang terbayar sebelum kematian menjemput.

Amalkan zikir 40x setiap nama Allah dan Ya Baari 1000x semasa waktu tahajud.

Perbanyakkan juga selawat, yea..

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my