Monday, August 12, 2019

Warung Kuih Bom Tempayan Jelebu

Tidak sah kalau Kak Ida tidak jalan-jalan mencari tempat makan menarik di Jelebu. 

Salah satu tempat yang popular disini adalah warung bom tempayan yang terletak di Kampung Relai, Kuala Klawang. 

Menurut sumber, kuih bom tempayan ini mendapat nama dari cara kuih ini diadun. Kemudian disimpan dalam tempayan sebelum digoreng dengan minyak panas.

Ia dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Namun, sudah rezeki Kak Ida dapat juga merasa kuih ini walaupun semalam sepatutnya warung ini ditutup.


Harga sebiji kuih bom ini adalah 60 sen sebiji. Memang besar dan berbaloi kerana sebiji kuih ini boleh dibelah empat. 

Rasa kuih bom ini manis dan tepungnya solid. Ia juga dihidangkan bersama dengan sambal. 



Besar kan kuihnya?



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my