Monday, August 19, 2019

Kain Ihram untuk Ammar

Minggu ini, anak-anak Dzul Iman ada mengadakan Simulasi Haji di Nong Chik. Antara barang keperluan yang perlu dibawa adalah tuala putih atau kain ihram atau jubah (bagi kanak-kanak lelaki), manakala telekung (bagi kanak-kanak perempuan).

Excited betul Kak Ida hendak menyediakan kelengkapan haji terutama untuk Ammar. Hahaha.

Sedikit perkongsian dari Teacher Gee untuk program esok, khalifah akan belajar tentang motorskill disamping memartabatkan peranan ibu seperti Bonda Hajar. Suasana seperti pergi menunaikan haji, tetapi anak-anak lebih menyemarakkan bulan Zulhijjah.

Sebelum itu, Kak Ida survey kain ihram di Shopee. Berkira-kira sebenarnya (takut tidak sempat sampai ke tangan).

Gigih Kak Ida bertanya dalam group WhatsApp, alhamdulillah. Ada ibu yang berkongsi nama kedai yang menjual kelengkapan haji dan umrah di Bandar Baru Uda.


Setelah di Google, rupa-rupanya, Khalifah ada membuka satu lagi cawangan di Taman Universiti. Kedai ini terletak di Jalan Kebudayaan 1 (berhadapan dengan Courts Mammoth).

Dekat dan mudah. 

Sebelum itu, Kak Ida call dulu untuk memastikan stok kain ihram ada atau tidak.

Syukur, kain ihram untuk Ammar ada. Kak Ida beli dengan harga RM 35.00 sahaja. Paling pasti, 100% cotton. Insya-Allah, harap-harap bila dipakai nanti, Ammar selesa dan tidak panas.


Terima kasih Khalifah. Memang lengkap dalam satu bumbung. Layanan dari staf yang bertugas juga mesra. 

Ya, Kak Ida recommended!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my