Tuesday, August 13, 2019

Jalan Jalan Negeri Sembilan | Muzium Adat Negeri Sembilan

Alang-alang Muzium Adat ini terletak bersebelahan dengan [ menara jam kemerdekaan ], Kak Ida tidak mahu lepaskan peluang untuk singgah. Muzium ini terletak kira-kira 36km dari Bandar Seremban.

Muzium Adat ini merupakan muzium pertama di negara Malaysia yang menghimpunkan adat dari pelbagai etnik dari Malaysia.

Surprisingly, masuk adalah PERCUMA. Allahu... 



Waktu melawat di Muzium Adat.

Muzium Adat ini dibahagikan kepada empat (4) aras. 

Aras pertama adalah Pengenalan dan konsep kepada adat. Disini terbahagi kepada adat berbilang kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India termasuk Sabah dan Sarawak. Ia juga meliputi sejarah awal tercetusnya adat terbesar di dalam masyarakat Melayu iaitu Adat Perpatih dan Temenggung melalui replika Batu Batikam dan Batu Baling.

Pelbagai adat dikongsi seperti pakaian, pinggan mangkuk, makanan, upacara adat dan lain-lain.





Naik ke aras dua, ia berkisahkan awal kehidupan (alam rahim), kelahiran, perkahwinan, bersunat, kegiatan ekonomi serta amalan ritual seperti bobohizan, perubatan tradisional, peralatan muzik tradisional sehinggalah kematian.



Part ini yang paling menarik perhatian Aisyah iaitu melenggang perut. Adat melenggang perut selalunya dibuat pada usia kandungan tujuh hingga lapan bulan untuk anak sulung.

Bidan dipanggil untuk membaca doa selamat semoga ibu dan bayi dalam kandungan selamat sehingga dilahirkan.



Adat turun perahu selalunya dibuat oleh nelayan. Ada beberapa pantang larang yang perlu diikuti oleh nelayan. Antaranya, bila sudah turun, tidak boleh berpatah balik kerumah. Selain itu, nelayan juga perlu turun ke laut seawal pagi.



Adat menaikkan tiang seri rumah. Orang zaman dulu kebanyakannya membina rumah (bagi pasangan yang sudah berkahwin), berdekatan dengan rumah orang tua mereka. 


Part kat sini, meremang sekejap Kak Ida dibuatnya. Hahaha


Aras tiga adalah berkisahkan bagaimana kegiatan intelektual di istana dan rakyat dengan mempamerkan pelbagai artifak seperti manuskrip dari Sejarah Melayu, Batu bersurat Terengganu serta cerita-cerita rakyat.






Kerajaan Undang Luak Jelebu sedang bersidang.



Ibu Soko.



Aras keempat berkisarkan tentang Perlembagaan Malaysia. Bermula dari pelantikan YDP Agong, watikah pelantikan, alat kebesaran yang digunakan dan macam-macam lagi. Ia juga mempamerkan segmen khusus tentang Adat Perpatih secara sejarah bermula dari Sumatera (Alam Minangkabau) sehingga bertapak di Negeri Sembilan. Pelbagai artifak dipamerkan disini seperti keris, tepak sirih, peti kayu untuk merantau, lesung indik, bujam epok dan lain-lain lagi.

Memang menarik dan interaktif kerana ia dilengkapi dengan diodrama.

Alhamdulillah, ada juga #Homeschooling yang boleh dipelajari oleh anak-anak.

Terima kasih si dia kerana membawa kami ke sini. Insya Allah, akan datang ada beberapa tempat yang menarik akan dikongsikan.

Stay tuned gaaaiiissss.

Alamat
Muzium Adat
196, Jalan Dato' Umbi 
71600 Kuala Klawang, Jelebu
Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my