Holla,
Setelah selesai ibadah korban pagi tadi, Kak Ida menyambung perjalanan ke Jelebu. Kami merancang untuk menyambung percutian kali ini disana.
Sebelum gerak, Kak Ida buat keputusan untuk mencuci dulu baju yang kotor. Itinerary wajib setiap kali kalau satu keluarga bercuti. Hahaha
Waze membawa kami melalui Jalan Hulu Langat untuk ke Jelebu. Menikmati pemandangan indah empangan dan hutan simpan disitu. Jika kita gerak pada awal pagi, kita akan berselisih dengan rider motor atau basikal.
Memang menguji skill pemanduan kalau melalui jalan disini.
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Jelebu.
Sampai di Jelebu lebih kurang jam 4.30 petang. Nah, cuaca terbentang cukup cantik sekali.
Pertama kali kami beraya di kabin mama yang baru siap.
Pokok rambutan yang lebat berbuah.
Aktiviti malam kami diserikan dengan BBQ. Ada ayam, daging dan sotong yang telah diperap awal.
No comments:
Post a Comment