Petang ini, selepas Kak Ida menghabiskan kerja di pejabat, Kak Ida mengambil keputusan untuk menghabiskan masa bersama keluarga pula kerana minggu ini merupakan minggu yang sibuk buat Kak Ida.
Pagi tadi, Kak Ida bersarapan dengan sahabat sepejabat. Tiba-tiba, beliau berkongsi cerita ada pawangan mesra keluarga di MBO Cinema di Aeon Bandar Dato Onn. Kak Ida pula tidak pernah membawa anak-anak ke sini, memang satu keputusan yang ting!
Kak Ida terus menghubungi along untuk urusan menempah tiket wayang untuk menonton Boboiboy the Movie. Tidak sabar rasanya hendak merasai pengalaman ini.
Memandangkan waktu tayangan pada pukul 5.20 petang, Kak Ida dan si dia membuat keputusan untuk berjalan-jalan dikawasan sekitar sini.
Paling menarik perhatian Kak Ida adalah tadddaaaa... Train Station.
Satu kepala RM 5.00. Mujur Aisyah boleh menjaga adik-adiknya. Ibu dan ayah stay sahaja di station sahaja.
Sabar menanti train anak sampai...
Bila waktu tayangan hampir tiba, Kak Ida terus ke MBO. Satu seatbed ini berharga RM 57.00. Kak Ida ambil pakej popcorn dan dua softdrink.
Tidak lengkap menonton wayang tanpa popcorn. Hahaha.
Ruang sebelum masuk MBO Kecil.
"Pengenalan Taman Kanak-kanak di dewan tontonan KECIL merupakan cara ikonik MBO sebagai peneraju konsep dewan pawagam mesra keluarga bagi mengukuhkan reputasi yang kukuh terutama untuk golongan ibubapa dan kanak-kanak. Setakat ini sebanyak sembilan (9) dewan berkonsepkan KECIL di seluruh negara termasuk cawangan MBO di Bandar Dato Onn. Berikutan sambutan yang diterima cukup menggalakkan, MBO bersetuju untuk membina dua buah dewan KECIL di bawah satu bumbung yang pertama di Wilayah Selatan.
Selesa betul seatbed ini. Anak-anak cukup enjoy menonton wayang. Pakej boleh berbaring.
Seatbed ini boleh memuatkan dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.
Di KECIL, ada tempat permainan kanak-kanak. Ada juga staf yang menjaga keselamatan anak-anak kecil yang bermain. Two thumbs up!
Adilah yang cheeky.
Kami akhiri "family day kecil" dengan menikmati makan malam di Sedap Corner.
Mission Accomplished.
No comments:
Post a Comment