Sejurus selesai program PSG GIAT untuk bulan Ogos pagi tadi, Kak Ida terus bersiap-siap untuk gerak ke Cyberjaya. Sebelum itu, Kak Ida mencuri masa si dia untuk bersama-sama menikmati makan tengahari di restoran ayam penyet di Setia Tropika.
Selesai solat, kami bergerak jam 2.00 petang. Ini merupakan perjalanan #SisterBF yang pertama. Program ad-hoc kami. Bila sekepala, memang lain jadinya. Hahaha
Perjalanan ke Cyberjaya memakan masa kurang dari tiga jam. Alhamdulillah.
Kami terus mengambil keputusan untuk check-in di Hotel Hilal, Cyberjaya. Untuk rehat-rehatkan badan sekejap.
Hotel ini berkonsepkan Arab. Menarik betul.
Bilik untuk kami bersiap-siap malam ini.
Kami meraikan kehadiran kami di Cyberjaya dengan menikmati 'welcoming food' di Salam Noodles.
Hanya berjalan kaki sahaja. Tidak sampai dua minit. Hahaha... Kekuatan iklan untuk restoran ini ialah harga makanananya adalah sama iaitu antara RM 2.00 -RM 8.00 sahaja. Manakala untuk minuman adalah PERCUMA dan boleh ditambah (refillable).
Banyak review baik Kak Ida baca di blogger. Kedai ini adalah berkonsepkan layan diri. Servis pun cepat.
Berbaloi sangat sebab semangkuk boleh untuk dua orang makan.
Kami membuat keputusan untuk mencuba beberapa menu.
Jadi, kami order tiga mangkuk menu yang berbeza dan mengambil pinggan kosong. Hahaha
Mushroom Mutton Soup Noodles
Sate ini tiada kuah kacang ya. Hihi Paling Kak Ida recommended adalah ayamnya. Aduh, sedap weh. Terasa rempahnya. Satu stick ini berharga RM 2.00/satu.
Mutton Curry Soup Noodles
Untuk semua menu ini, harganya bawah RM 50.00. Berbaloi sangat-sangat.
No comments:
Post a Comment