Sunday, August 11, 2019

Selamat Hari Raya AidilAdha 1440H

Tahun ini hanya papa yang mengambil bahagian untuk berkorban.

Sambil menikmati sarapan pagi, mama berkongsi tazkirah ustaz di surau, bukan istilah "kita ada duit lebih baru berkorban. Tetapi kita digalakkan untuk membuat ibadah korban setiap tahun bagi memyucikan harta. Simpanlah RM2.00 sehari, bersamaan RM60.00 sebulan. Cukup tempoh dalam setahun, Insya Allah, kita sudah boleh membuat korban. Tidak terasa sangat berbanding kalau kita mengeluarkan sedepuk duit. Betul?"

Alhamdulillah, dapat ilmu baru dari mama. Insya Allah ma... Kak Ida dan si dia akan berusaha untuk menyimpan ibadah korban tahun depan pula. Insya-Allah.

Di surau Al Falah, ibadah korban akan dibuat bermula jam 9.30 pagi. Kali ini, papa akan dibantu oleh si dia dan adik Kak Ida.


Kebetulan surau memang berdekatan dengan padang permainan, Kak Ida tidak mahu anak-anak terlepas untuk menikmati duniamu wahai anak.

Sebelum itu, #MommiesUnitedJB juga telah melancarkan Thematic Challenge Quarter 3 yang menyentuh tentang Haji dan pengorbanan. 



Jadi, Kak Ida bawa anak-anak untuk melihat sendiri bagaimana ibadah korban dijalankan. Tahun ini, ada 12 ekor lembu dan 20 ekor kambing akan dikorbankan pada hari ini. 

"Allah akan menguji hambaNYA dengan kelemahan yang ada dalam diri mereka".

Alhamdulillah.

Kali ini papa merupakan ketua kumpulan no 7. Jadi, urusetia akan memanggil semua ahli kumpulan 7 untuk berkumpul dan bertakbir sepanjang lembu tersebut akan dikorbankan.




Kemudian, lembu akan dibawa ke bawah khemah untuk dilapah oleh ahli kumpulan yang telah dilantik. Mereka akan sama-sama bergotong-royong untuk melapah dan membahagikan bahagian korban.







Di sini, satu kumpulan untuk seekor lembu (7 bahagian). Satu kumpulan mempunyai ketua kumpulan masing-masing dan perlu melantik ahli untuk melapah lembu tersebut.

Setiap kumpulan pula akan diberikan lapan beg. Kenapa lapan? Satu beg dikhaskan untuk asnaf yang akan diisi 5kg daging sahaja.

Manakala baki tujuh beg lagi adalah untuk ahli kumpulan yang mempunyai bahagian dalam lembu tersebut.

Setiap satu beg akan diisi dua kilo daging, rangka, limpa dan paru. Semua akan ditimbang dan diberi dengan adil. Baki daging yang lain pula akan diserahkan pada kumpulan di bahagian depan surau untuk dilapah dan diagih-agihkan sebanyak 1kg setiap satu beg.

Semasa sesi penyerahan beg yang berisi daging korban, sesama ahli jemaah memohon halal jika ada terlebih dan terkurang.

 Oh ya, kepala lembu juga perlu diserahkan di bahagian depan surau. Tidak boleh diambil dahulu walaupun telah diamanahkan oleh ketua kumpulan.

Manakala bahagian dalaman organ lembu pula, jika mahu, kita perlu ambil dan perlu diuruskan sendiri. Jika tidak, pembekal akan mengambil bahagian dalaman tersebut untuk diuruskan.

Kulit lembu pula akan diserahkan pada satu madrasah untuk dibuat keropok kulit (jika tidak silap Kak Ida).

Memang sistematik dan ia menggunakan sistem kupon.

Kupon perlu diserahkan ketika sesi mengambil daging korban termasuk ahli yang mengambil bahagian. 

Wow sangat kan? 

Alhamdulillah, pengalaman ini Kak Ida telah nikmati dua tahun berturut-turut. Suka sangat dengan view korban di sini.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my