Saturday, August 31, 2019

Program Setabah Hajar Dzul Iman

Yeay, ini hari yang dinanti-nantikan. #ProgramSetabahHajar.

Selepas menghantar Aisyah dan Aina ke sekolah, Kak Ida terus singgah ke pejabat. Sudah berjanji dengan uncle Haziq untuk pakaikan Ammar kain ihram yang dibeli [ DISINI ] .

Alhamdulillah, mujur Ammar positif. 



Ok, kita bergambar dulu ya sebelum berangkat. Hihihi

Sedikit perkongsian program dari Teacher Gee,

Khalifah akan belajar tentang motorskill disamping memartabatkan peranan ibu seperti bonda Hajar.

Suasana seperti pergi menunaikan haji, dan ini merupakan salah satu aktiviti sebagai menyemarakkan bulan DzulHijjah seperti yang dilihat semua orang berpakaian haji. 

Program ini dibuat di Hotel KPMJ, Johor Bahru. Nampak kelainan sungguh aih.



Anak-anak sudah bersedia untuk berangkat. 


Gaya seorang hajjah. 


Memotong rambut. Alhamdulillah.



Ada Kaabah lagi. Adilah bergambar kenangan bersama kawan-kawannya. 

Allahumma amin, semoga kami semua dapat jejakkan kaki ke rumah Allah sebagai tetamunya.



Tag nama anak-anak, simpan di blog sebagai kenangan.

Terima kasih tadika Dzul Iman kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini. Sangat bermanfaat dan memberi seribu pengalaman untuk anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my