Saturday, August 10, 2019

Pra Hari Raya AidilAdha

Selamat Hari Raya Aidiladha 1440H buat semua pembaca Kak Ida.

Kali ini Kak Ida #TeamRayaKualaLumpur.

Selesai bekerja (Hari ini Kak Ida kerja lebih masa), kami sekeluarga terus gerak. Allahu, mujur Waze dipasang lebih awal. Jalan masih lagi jammed walaupun hari ini adalah malam menjelang raya. Waze mengarahkan kami keluar dari Tol Skudai dan masuk semula melalui jalan E2 (Second Link).

Keluar dari tol, walaupun kereta agak banyak, alhamdulillah, kereta masih boleh bergerak lagi. Syukur sangat-sangat.


Kami berhenti makan di Tangkak. Risau juga kalau kedai tak buka. Iyelah, malam raya kan... Port makan kami adalah di Penginapan Inn, Tangkak. Disitu ada kedai makan tomyam yang menepati selera Kak Ida termasuk dengan harganya. 

Selepas perut keyang, kami teruskan perjalanan.  Masih berbaki separuh perjalanan lagi.

... dan kami sampai ke Kuala Lumpur jam 9.30 malam. Alhamdulillah.


Kami disambut oleh mama. Ya Tuhan, inilah yang Kak Ida rindukan. Air tangan mama.

Mama hidangkan (untuk makan malam kali ke-2), dengan lemang, nasi putih, nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam dan dan paling istimewa, gulai jantung pisang masak lemak. 



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my