Saturday, August 17, 2019

Perkongsian ilmu | Tujuh Perkara Katakan JANGAN dalam Simpanan Emas

Semenjak bulan lepas, harga emas mencanak naik sehingga mencecah RM 200/gram. Hari ini, sengaja Kak Ida "menggatalkan" jari untuk melihat website Public Gold, nah... RM 212/gram.


Pagi ini, di dalam group WhatsApp Celik Emas dan Perak, dikongsikan tentang tujuh (7) perkara katakan JANGAN di dalam simpanan emas. Penulisan ini adalah dari Kredit : Sifu Emas

Kak Ida kongsikan di blog sebagai perkongsian bersama.

Jangan malas

Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info berkaitan dengan emas seperti sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada dipasaran dan seumpamanya. Cari mentor yang sesuai dengan keinginan dan matlamat kita juga

Jangan menggunakan perkhidmatan Ar Rahnu sebarangan

Tidak dinafikan ramai yang di luar sana yang menyalahgunakan perkhidmatan Ar Rahnu sejak kebelakangan ini. Peranan Ar Rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan, bukan kepada mereka yang #tamak.

Ilmu itu sangat penting agar emas tidak terlepas dari hak milik di kemudian hari.

Jangan Jual Emas Anda (kecuali keadaan mendesak)

Jangan jual emas anda tanpa sebab. Ramai yang keliru apabila diajar semasa harga tinggi (beli rendah jual tinggi). Jadi untuk apakah kita membeli emas? Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual, maka tiada apa di tangan anda nanti.

Ingat, jual emas hanya untuk lima perkara di bawah sahaja;

+ Rumah
+ Hartanah
+ Emas dalam bentuk lain (emas perhiasan atau emas pelaburan)
+ Modal bisnes
+ Keperluan atau terdesak

Jangan Simpan Wang Kertas

Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas. Sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian. Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ianya bernilai sepanjang zaman, bertindak sebagai insuran kekayaan juga kalis inflasi. Setiap kali harga emas naik, ianya menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.

Jangan terpedaya dengan bonus, dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya buatlah sedikit research berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda mengalami kerugian sebenarnya. Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar, bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.

Jangan terus menunggu

Jangan terus menunggu harga rendah baru nak membeli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli.

Ya, memang benar emas itu mahal. hampir setiap tahun orang kata emas mahal. Jadi, bila masanya emas murah? Dahulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal. RM38.00/gram pun orang kata mahal. RM 90.00/gram pun orang kata mahal dan sekarang hampir pernah ingin mencecah RM200/gram sekalipun masih orang kata mahal.

Jangan terus menunggu. Mula bertindak walaupun kemampuan diri terbatas hanya 0.5gram perbulan sekalipun melalui Public Gold GAP program.

Jangan menafikan

Jangan menafikan tentang matawang Islam iaitu dinar dan dirham. Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.

Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan, tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.

Jangan pentingkan diri sendiri

Setelah anda menjadi seorang yang #Celik Emas, janganlah berdiam diri dari menyampaikan info dan ilmu emas ini kepada teman-teman anda yang lain di luar sana.

Perkongsian ilmu secara ikhlas adalah sedekah yang menawarkan rezeki berterusan buat dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my