Kalau balik ke rumah mama, ada satu "port" tempat kegemaran Kak Ida melepak menghabiskan masa.
Dulu mama suka mengumpul novel dari keratan akhbar atau majalah (siri by siri) dari majalah.
Ada juga koleksi majalah-majalah WANITA dari tahun "dolu-dolu". "In" betul kalau Kak Ida mahu merujuk apa-apa yang berkaitan pada zaman itu.
Iyelah, dulu mana pula ada bajet nak beli novel. Mama lebih pentingkan mengisi perut anak dari menghabiskan duit ke situ.
Tetapi, sudah namanya minat kan...
Gigihlah mama menggunting, menampal, menyusun keratan novel dan ditampalkan pada kertas A4. Kemudian, binding dengan selotep seperti ini.
Pergh, Kak Ida memang "boleh layan" cerita-cerita ini.
No comments:
Post a Comment