Wednesday, August 7, 2019

Catatan Kehidupan | 07 Ogos 2019

Hari ini hari untuk kutipan sampah. Semalam, Kak Ida tertidur awal. Recharge tenaga atas faktor usia.


Jadi, pagi ini Kak Ida lihat ada plastik sampah yang belum dibuang. Nak taknak, memang kena buang juga pagi ini.

"Aina, tolong ibu buang sampah ni..."

Ok ibu, boleh...

Berlari Aina ke depan untuk membuang sampah. Kebetulan lori sampah pun sudah sampai. Baru Kak Ida perasan, Aina serahkan plastik sampah tadi pada seorang pakcik.

"Terima kasih pakcik. Babai pakcik. Hati-hati ya."

Amboi, panjangnya pesanan si anak. Telinga Kak Ida menangkap perbualan si anak. Masuk Aina ke dalam rumah, Kak Ida hulurkan beberapa keping pada Aina

"Aina, nah, bagi pada pakcik tadi..."

"Aina tak pakai selipar. Boleh ke?"

"Boleh... pergilah. Hati-hati. Ibu tunggu kat sini."

Aina buka gate, berlari-lari anak mengejarkan pakcik tu tadi.

"Pakcik, pakcik. Tunggu... nah..." Aina menghulurkan duit yang Kak Ida beri tadi sambil mahu bersalaman.

"Terima kasih ya nak... terima kasih. Belajar rajin-rajin ya. Eh, tak payah salam pakcik, tangan pakcik kotor ni." sambil pakcik tadi mengangkat tangan pada Kak Ida.

Huhuhu, terus sebak Kak Ida dibuatnya.

"Babai pakcik, baaaiiii..." Aina lambaikan tangan sebelum pakcik bergerak untuk meneruskan kerja.

Alhamdulillah, pagi yang memberi ibrah pada Kak Ida.

Allahu,

Kita rasa diri kita kotor, tetapi pada "pandangan" Allah, kita semua tetap sama. Terima kasih pakcik atas pengajaran itu.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my