Friday, August 9, 2019

Aina dan sesi luahan perasaan


Aina membuat interpretasi perasaan melalui tulisan.

Semalam, Aina memang lambat ke sekolah kerana ada kemalangan di Jalan Skudai. Bukan disengajakan. 

Hari ini Kak Ida pula lambat mengambilnya dari sekolah. Jadi, dalam hal ini ada "unfinished business" dalam diri Aina.

"Aina merajuk kak. Semenjak sudah pandai menulis ni, dah pandai laa Aina luahkan perasaan. Ini kertasnya kak..."

Guru pun kongsikan nota ringkas Aina.  Punyalah si anak merajuk (mungkin barangkali kecil hati). 

Ada perkara yang Kak Ida terlepas pandang. Siapa kata anak kelainan tiada perasaan?

Maafkan ibu ya anak. Huhuhu


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my