Saturday, August 31, 2019

Rumah bersepah disitu ada anak yang bijak

Ya, itu adalah ayat keramat Kak Ida bila anak-anak menyepahkan sesuatu barang permainan. Bertabahlah hati bila kita rasa baru sahaja mengemas rumah, anak-anak menyepahkan semula.


Skill semulajadi anak-anak. Ini kerana bersepah dikaitkan dengan fitrah anak-anak yang sedang aktif meneroka persekitaran.

Antara tips yang dikongsi adalah:-
  1. Sediakan jadual mengemas yang tetap. Ini penting kerana pengurusan emosi ibu (ya, emosi Kak Ida paling penting) dan penjaga. Sebagai contoh, berkemas pada jam 5.00 petang dan 10.00 malam setiap hari.
  2. "Taburkan" apa sahaja permainan yang boleh merangsang minda secara maksimum. Permainan multi sensori adalah pilihan terbaik. Biarkan anak-anak sibuk meneroka untuk belajar.
  3. Sediakan satu ruang khas untuk mereka sepahkan seperti bilik permainan (jika ada). Ini untuk mengelakkan kita untuk mengemas terlalu banyak ruang dan tempat. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan tenaga.
  4. Luangkan masa satu jam dalam sehari untuk bermain bersama anak-anak. Ini kerana bermain bersama sangat membantu proses ikatan emosi antara ibubapa dan anak.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my