Thursday, August 15, 2019

Kapal yang berlubang

Perkongsian dari group telegram.

Terkesan sangat dengan Kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as.

Diceritakan dalam surah Al-Kahfi.

Pada satu masa, Nabi Musa as mengikut Nabi Allah Khidir as untuk menuntut ilmu.


Sumber | Google (Gambar hanya sekadar hiasan)

Mereka menaiki perahu, kemudian Nabi Khidir as buat lubang pada perahu tu.

Pada pandangan Nabi Musa as, Nabi Khidir as sudah membuat satu kesalahan besar, perahu akan tenggelam nanti.

Sampai satu ketika, Nabi Khidir as jelaskan,

"Bahtera itu kepunyaan orang miskin yang bekerja di laut, aku merosakkan bahtera tersebut, kerana di hadapan mereka ada seorang Raja yang akan merampas setiap bahtera"
Ayat 79, surah Alkahfi.

Kalau perahu tu berkeadaan baik, sudah tentu raja akan rampas. Orang miskin tidak dapat turun ke laut lagi.

Tetapi kalau dilubangkan, sudah tentu orang miskin itu akan perbaiki perahu. Perahunya pula takkan dirampas. Takkanlah raja hendak merampas perahu yang sudah rosak kan?

Boleh jadi keadaan kita sekarang ibarat perahu berlubang tu.

Orang menilai kita atas kesilapan kita pada masa lepas. Jangan kecil hati, perbaiki sahaja lagi. Betulkan semula. Allah ada perancangan terbaik untuk kita.

Turn back to Allah. Dia Maha Pengasih, lagi Maha Pengampun.

"Allah lebih mencintai pendosa yang selalu bertaubat, berbanding ahli ibadah yang sombong"

Ya Tawwab tub'alaina

(Wahai Allah yang mengampunkan dosa yang berulang-ulang, ampunilah kami)

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my