Saturday, August 31, 2019

Rumah bersepah disitu ada anak yang bijak

Ya, itu adalah ayat keramat Kak Ida bila anak-anak menyepahkan sesuatu barang permainan. Bertabahlah hati bila kita rasa baru sahaja mengemas rumah, anak-anak menyepahkan semula.


Skill semulajadi anak-anak. Ini kerana bersepah dikaitkan dengan fitrah anak-anak yang sedang aktif meneroka persekitaran.

Antara tips yang dikongsi adalah:-
  1. Sediakan jadual mengemas yang tetap. Ini penting kerana pengurusan emosi ibu (ya, emosi Kak Ida paling penting) dan penjaga. Sebagai contoh, berkemas pada jam 5.00 petang dan 10.00 malam setiap hari.
  2. "Taburkan" apa sahaja permainan yang boleh merangsang minda secara maksimum. Permainan multi sensori adalah pilihan terbaik. Biarkan anak-anak sibuk meneroka untuk belajar.
  3. Sediakan satu ruang khas untuk mereka sepahkan seperti bilik permainan (jika ada). Ini untuk mengelakkan kita untuk mengemas terlalu banyak ruang dan tempat. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan tenaga.
  4. Luangkan masa satu jam dalam sehari untuk bermain bersama anak-anak. Ini kerana bermain bersama sangat membantu proses ikatan emosi antara ibubapa dan anak.

Bengkel Terapi Carakerja "Hands On"

Pada ibu bapa yang berkesempatan untuk menghadiri Bengkel Terapi Carakerja "Hands On" boleh terus klik link WhatsApp di bawah ya.



Semoga bengkel ini dapat memberi banyak manfaat pada anak-anak istimewa kita. Insya Allah. 

Mommies United JB | Junior Jungle Trekking

Alhamdulillah, Mommies United JB akan menganjurkan program Junior Jungle Trekking di Raf Point, Kota Tinggi.

Maklumat lanjut di poster.


Program Setabah Hajar Dzul Iman

Yeay, ini hari yang dinanti-nantikan. #ProgramSetabahHajar.

Selepas menghantar Aisyah dan Aina ke sekolah, Kak Ida terus singgah ke pejabat. Sudah berjanji dengan uncle Haziq untuk pakaikan Ammar kain ihram yang dibeli [ DISINI ] .

Alhamdulillah, mujur Ammar positif. 



Ok, kita bergambar dulu ya sebelum berangkat. Hihihi

Sedikit perkongsian program dari Teacher Gee,

Khalifah akan belajar tentang motorskill disamping memartabatkan peranan ibu seperti bonda Hajar.

Suasana seperti pergi menunaikan haji, dan ini merupakan salah satu aktiviti sebagai menyemarakkan bulan DzulHijjah seperti yang dilihat semua orang berpakaian haji. 

Program ini dibuat di Hotel KPMJ, Johor Bahru. Nampak kelainan sungguh aih.



Anak-anak sudah bersedia untuk berangkat. 


Gaya seorang hajjah. 


Memotong rambut. Alhamdulillah.



Ada Kaabah lagi. Adilah bergambar kenangan bersama kawan-kawannya. 

Allahumma amin, semoga kami semua dapat jejakkan kaki ke rumah Allah sebagai tetamunya.



Tag nama anak-anak, simpan di blog sebagai kenangan.

Terima kasih tadika Dzul Iman kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini. Sangat bermanfaat dan memberi seribu pengalaman untuk anak-anak.

Friday, August 30, 2019

Happy Birthday Adilah Insyirah

Happy Birthday Adilah Insyirah binti Mohammad Syamsul.

Anak bongsu ibu. Paling cheeky antara adik beradik yang lain. Penjaga kakak dan abangnya.


Adilah,

Ibu dan ayah doakan Adilah dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, anak yang solehah dan ibu mendoakan Allah merahmatimu setiap jejak langkah Adilah. Hanya yang baik-baik singgah dalam hidup Adilah.

Sahabat Kak Ida, doakan Adilah ya.

Saturday, August 24, 2019

MBfPC Appreciation Dinner

Setelah mengalas perut di Salam Noodles, kami terus balik ke Hotel Hilal semula untuk bersiap-siap ke MBfPC Appreciation Dinner. Majlis yang julung-julung kali diadakan bagi meraikan para peer counselor breatsfeeding dari kesemua 29 Kursus Asas MBfPCA yang telah diadakan semenjak tahun 2010 sehingga 2019.

"Empower Parents, Enable Breastfeeding".


Memilih tema vogue, Kak Ida mencuba sebaik mungkin untuk mix and match green and gold. Gituwww....



MBfPC Appreciation Dinner ini dibuat di Dewan Thenda Merah, Cyberjaya.

Kak Ida merupakan salah seorang dari batch pertama MBfPCA. Mengenali mereka pada tahun 2010 di Kak Long Chalet Melaka. Ada sesuatu yang "melting" pada malam ini. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Dr Nadrah Arifin selaku Pengerusi MBfPCA. 

Ada beberapa kumpulan sokongan penyusuan yang lain seperti TBAN, BCNP, Kumpulan Sokongan Penyusuan Hulu Langat, Agugu, Happy Breastfeeding Malaysia dan lain-lain lagi.


Kami wakil dari Johor iaitu Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor.




Bersama Puan Siti Mariam Ali, BCNP.




Sambil berbual mesra, kami diiringi dengan muzik live band


Bersama "kakak sulung" dalam MBfPCA, Kak Kam.





Program "exchange present". 


Bergambar kenangan bersama. Insya-Allah, ukhuwah itu kekal sehingga hari ini. Dalam tiada, semangat mereka sentiasa ada bersama kami malam tadi.

Terima kasih MBfPCA atas penganjuran majlis ini. Sederhana tetapi meriah. 

JJCM | Salam Noodles Cyberjaya

Sejurus selesai program PSG GIAT untuk bulan Ogos pagi tadi, Kak Ida terus bersiap-siap untuk gerak ke Cyberjaya. Sebelum itu, Kak Ida mencuri masa si dia untuk bersama-sama menikmati makan tengahari di restoran ayam penyet di Setia Tropika.

Selesai solat, kami bergerak jam 2.00 petang. Ini merupakan perjalanan #SisterBF yang pertama. Program ad-hoc kami. Bila sekepala, memang lain jadinya. Hahaha

Perjalanan ke Cyberjaya memakan masa kurang dari tiga jam. Alhamdulillah.

Kami terus mengambil keputusan untuk check-in di Hotel Hilal, Cyberjaya. Untuk rehat-rehatkan badan sekejap.


Hotel ini berkonsepkan Arab. Menarik betul.






Bilik untuk kami bersiap-siap malam ini.


Kami meraikan kehadiran kami di Cyberjaya dengan menikmati 'welcoming food' di Salam Noodles.



Hanya berjalan kaki sahaja. Tidak sampai dua minit. Hahaha... Kekuatan iklan untuk restoran ini ialah harga makanananya adalah sama iaitu antara RM 2.00 -RM 8.00 sahaja. Manakala untuk minuman adalah PERCUMA dan boleh ditambah (refillable).

Banyak review baik Kak Ida baca di blogger. Kedai ini adalah berkonsepkan layan diri. Servis pun cepat.

Berbaloi sangat sebab semangkuk boleh untuk dua orang makan. 

Kami membuat keputusan untuk mencuba beberapa menu.

Jadi, kami order tiga mangkuk menu yang berbeza dan mengambil pinggan kosong. Hahaha


Mushroom Mutton Soup Noodles


Sate ini tiada kuah kacang ya. Hihi Paling Kak Ida recommended adalah ayamnya. Aduh, sedap weh. Terasa rempahnya. Satu stick ini berharga RM 2.00/satu.


Mutton Curry Soup Noodles


Untuk semua menu ini, harganya bawah RM 50.00. Berbaloi sangat-sangat.

Friday, August 23, 2019

Pawagam mesra keluarga | MBO Cinema, Bandar Dato Onn

Petang ini, selepas Kak Ida menghabiskan kerja di pejabat, Kak Ida mengambil keputusan untuk menghabiskan masa bersama keluarga pula kerana minggu ini merupakan minggu yang sibuk buat Kak Ida.

Pagi tadi, Kak Ida bersarapan dengan sahabat sepejabat. Tiba-tiba, beliau berkongsi cerita ada pawangan mesra keluarga di MBO Cinema di Aeon Bandar Dato Onn. Kak Ida pula tidak pernah membawa anak-anak ke sini, memang satu keputusan yang ting!

Kak Ida terus menghubungi along untuk urusan menempah tiket wayang untuk menonton Boboiboy the Movie. Tidak sabar rasanya hendak merasai pengalaman ini.

Memandangkan waktu tayangan pada pukul 5.20 petang, Kak Ida dan si dia membuat keputusan untuk berjalan-jalan dikawasan sekitar sini. 




Paling menarik perhatian Kak Ida adalah tadddaaaa... Train Station

Satu kepala RM 5.00. Mujur Aisyah boleh menjaga adik-adiknya. Ibu dan ayah stay sahaja di station sahaja.







Sabar menanti train anak sampai... 

Bila waktu tayangan hampir tiba, Kak Ida terus ke MBO. Satu seatbed ini berharga RM 57.00. Kak Ida ambil pakej popcorn dan dua softdrink.




Tidak lengkap menonton wayang tanpa popcorn. Hahaha.



Ruang sebelum masuk MBO Kecil.



"Pengenalan Taman Kanak-kanak di dewan tontonan KECIL merupakan cara ikonik MBO sebagai peneraju konsep dewan pawagam mesra keluarga bagi mengukuhkan reputasi yang kukuh terutama untuk golongan ibubapa dan kanak-kanak. Setakat ini sebanyak sembilan (9) dewan berkonsepkan KECIL di seluruh negara termasuk cawangan MBO di Bandar Dato Onn. Berikutan sambutan yang diterima cukup menggalakkan, MBO bersetuju untuk membina dua buah dewan KECIL di bawah satu bumbung yang pertama di Wilayah Selatan.



Selesa betul seatbed ini. Anak-anak cukup enjoy menonton wayang. Pakej boleh berbaring. 



Seatbed ini boleh memuatkan dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.


Di KECIL, ada tempat permainan kanak-kanak. Ada juga staf yang menjaga keselamatan anak-anak kecil yang bermain. Two thumbs up!






Adilah yang cheeky



Kami akhiri "family day kecil" dengan menikmati makan malam di Sedap Corner. 

Mission Accomplished. 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my