Thursday, December 30, 2021

Selamat Maju Jaya Kimi

"Akak, nak join majlis untuk Kimi esok? Kita makan asam pedas Sg. Melayu" satu whatsapp masuk dari Sue.

Oh sudah. Esok jadual bertindih-tindih. Si dia ada majlis di Persada Johor manakala Kak Ida pula hendak pulang awal kerana mengikut perancangan, Kak Ida akan bertolak ke Negeri Sembilan petang esok. 

Timbang punya timbang, Kak Ida bersetuju untuk join. Tidak mahu menghampakan ajakan orang. Terima kasih si dia kerana memahami.

Alhamdulillah, majlis kecil-kecilan untuk meraikan Kimi yang akan berpindah ke Batu Pahat berlangsung dengan sederhana tetapi meriah.



Kak Ida doakan semoga lebih cemerlang ditempat baru.


Bab bergambar, memang happening!

... dah nah, alhamdulillah. Semua berlangsung mengikut perancangan. Semoga persahabatan ini kekal sehingga ke syurga. Insya-Allah. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my