Alhamdulillah, tempat ini memang mudah untuk dicari. Cuma untuk parking, kita perlu ke seberang jalan (mempunyai lot petak parking di deretan kedai) dan perlu melintas jalan.
Parking di depan kedai, hanya muat dalam tiga atau empat kereta sahaja.
Jadi, mereka yang datang berkeluarga terutama yang mempunyai anak kecil, perlu pastikan keselamatan diutamakan.
Melangkah masuk ke Hijrah Dim Sum, kita perlu scan My Sejahtera dan mengambil suhu. Untuk dine-in, pastikan full vaccinated.
Kak Ida tertarik dengan hiasan yang ringkas, teratur dan kemas. Kebersihan sudah pasti. Memang persekitarannya cukup selesa.
Tempat ini juga sesuai untuk kita berbual dan bersantai sama ada keluarga dan teman-teman tersayang.
Ini adalah recommended menu dari Kak Ida. Jika ke sini, jangan lupa untuk mencuba menu di atas.
Untuk sos dimsum, memang terbaik! Sangat-sangat sedap.
Overall, Kak Ida sangat berpuas hati. Makanan, view dan layanan staf tidak mengecewakan.
Tempat yang Kak Ida pasti repeat untuk menikmati dim sum bersama si dia.
Oh ya, jangan lupa ambil gambar kenang-kenangan diluar kedai. Ada basikal sebagai props.
No comments:
Post a Comment