Wednesday, December 15, 2021

RoadSchooling | Muzium Polis Diraja Malaysia

Itinerary seterusnya adalah ke Muzium Polis DiRaja Malaysia.

Menyingkap kisah muzium ini, 

Muzium Polis Diraja Malaysia adalah sebuah muzium yang terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. 


Muzium ini mempamerkan beribu-ribu barang yang berkait rapat dengan dunia kepolisan dari zaman Kesultanan Melayu sehinggalah sekarang. Muzium ini telah diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis, iaitu PGB Waller pada tahun 1950. Ia telah dirasmikan oleh YDP Agong ketiga pada 9 Januari 1961.



Deretan meriam seolah-olah menyambut ketibaan Kak Ida sekeluarga disini.






Ini merupakan salah satu tempat kegemaran Ammar. Maaf abam bomba, Ammar sekarang lebih meminati polis pula sekarang. 

Bahagian luar muzium terletak pameran kereta perisai (GMC), Ferret Scout Car, Sanky, kapal terbang CESSNA, deretan merian dan bot marin PA4.

Selain itu, terdapat juga kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM.





Disini juga teletak Medan Wira Polis untuk mengenang jasa anggota polis yang gugur semasa mempertahankan negara.







Kemudian, kami mulakan perjalanan menjelajah Galeri Muzium Polis Diraja Malaysia. Galeri ini terbahagi kepada tiga iaitu Galeri A, Galeri B dan Galeri C.




Tiada gambar di dalam muzium kerana terdapat larangan untuk mengambil gambar. Jadi, wajib datang sini jika kita mahu lihat sendiri apa yang ada di Muzium Polis Diraja Malaysia ini.




Alhamdulillah, masuk adalah PERCUMA. Parking juga mudah. Itu yang paling best!

 Jika kita mahu menyumbang, terdapat tabung diletakkan di di pintu masuk Galeri A. 

 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my