Wednesday, December 15, 2021

Misi Ronda Ronda KL | KL Hop-on Hop-off

Misi #rondarondakl "kampung" ibu pada anak-anak termasuk si dia. Kah!


Kak Ida menempah KL Hop-on Hop-off. Station pertama bermula di Bukit Bintang. Jadi, memang kena datang awal ya kerana jalan sesak disini tidak kira waktu. Mama meminta kami untuk gerak awal selepas minum pagi.

Setelah berpusing beberapa kali, si dia membuat keputusan untuk parking kereta di Sungei Wang Plaza. Pastikan ada kad touch and go atau debit card kerana parking disini menggunakan ewallet sepenuhnya. Ini memang habit Kak Ida setiap kali parking kereta. Ambil no tiang untuk mengelakkan terlupa.


Dari Sungei Wang Plaza, kami hanya berjalan kaki menju ke stesen KL Hop-on Hop-off. Tidak terlalu jauh. Tepat jam 9.45 pagi, kaunter telah dibuka untuk pengesahan tiket yang telah ditempah melalui website. 


Kami memilih seat di bahagian atas. Syukur, trip kali ini tidak terlalu ramai penumpang. Ini kerana seat adalah first come basis

Pada waktu ini juga, cuaca tidak terlalu terik. Tidaklah dapat Kak Ida bayangkan kalau kita memilih trip jam 12.00 tengahari. Boleh cair otak kita dibuatnya. Huhuhu...


Quick trip untuk anak-anak.
Antara tempat yang singgah adalah:
Sungei Wang
Swiss Garden
Chinatown (Petaling Street)
Central Market
Little India
KL Sentral
Muzium Negara
Istana Negara (bas berhenti untuk ambil gambar)
Lake Garden
Bird Park
Masjid Negara
Dataran Merdeka (bas berhenti untuk ambil gambar)
Medan Mara
PWTC
KLCC
MATIC
KL Tower
P Ramlee
Aquaria.

Jom, layan gambar yang sempat Kak Ida ambil sepanjang trip misi #rondarondakl .








Masa ini, cuaca sudah mula panas. Anak-anak mula duduk di dalam bas. Terik ooo... Kak Ida galakkan untuk membawa air masak dan sedikit kudap-kudapan.

Just in case!














Trip ini memakan masa dua jam. Ada tiga trip iaitu pada jam 10 pagi dan 3 petang serta waktu malam jam 8.00 malam.

Alhamdulillah, syukur semuanya seperti yang dirancang. Masa untuk mencari makan tengahari sebelum meneruskan misi #RoadSchooling



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my