Friday, December 3, 2021

Pengalaman ke SkyScape @ Menara JLand

"Abang, jom esok kita ke Skyscape. Alang-alang ada tiket untuk anak (hadiah dari Tourism Johor). Sayang kalau kita terlupa nak pergi."

Syukur, si dia bersetuju dengan cadangan Kak Ida. 

Selepas bersarapan, kami bergerak dari rumah dalam jam 10.30 pagi. Trafik cukup lancar. Kebetulan memang orang belum ramai lagi kerana kedai di Komtar belum dibuka. Keadaan yang sangat kami suka.



Skyscape ini terletak di Menara JLand dan merupakan salah satu tempat yang "perlu" kita pergi kerana ia merupakan salah satu tarikan pelancong. Skyscape ini adalah gabungan teknologi dan hiburan pada ketinggian 149 meter dari aras tanah.

Skyscape ini berkonsepkan ruang hiburan di udara (aerial entertaiment space). 

Tips:
1. Parking kereta di Tingkat 3, Komtar. Mudah untuk bayaran tiket kereta dan lif untuk turun ke Ground Floor.

2. Scan MySejahtera dan pembelian tiket untuk SkyScape.
Harga dewasa adalah RM 28.00 dan kanak-kanak (3-11 tahun) RM 18.00 manakala warga emas (>60 tahun) RM 23.00. Oh ya, ada penambahan seringgit untuk cover shoe bila kita naik ke SkyBridge. Sila bawa kad pengenalan atau MyKid untuk anak-anak. 

Pembayaran tiket boleh dibuat secara tunai atau menggunakan debit card. Mudah sangat!

3. Ada waktu-waktu yang telah ditetapkan. Usah risau, ada ruangan interaktif dan tempat untuk mengambil gambar bagi menghabiskan masa untuk menanti giliran. Jadi, Kak Ida masuk ke lif untuk ke tingkat 34 pada jam 11.30 pagi.


Layanan staf yang sangat mesra. Ini memang Kak Ida puji. 

Kita diberikan tempoh dua jam untuk berada SkyScape, tetapi hanya tempoh 10 minit diberikan untuk berada di Sky Bride. Jika tiada orang, kita boleh keluar dan masuk semula.


Tag ini perlu dipakai sepanjang kita berada di Skyscape.


Tingkat paling atas di Menara JLand.


Berdasarkan pengalaman orang lain, kita perlu memakai stokin anti slips bila naik ke SkyBridge. Tetapi, mungkin SOP terbaru, kita perlu menggunakan cover shoe yang telah disediakan sahaja.


Fuh, berdebar-debar. 



Antara view Johor Bahru yang sempat Kak Ida snap di SkyBridge. Kak Ida tidak mahu melihat kaca lutsinar yang dipijak. Rasa gayat. Kah!




Banyak lagi aktiviti disitu bagi mengisi masa selama dua jam.

Keluar dari SkyBridge, kami di bawa ke Mini Theatre.


Di sini juga ada Visual Reality (VR) Games. Ada dua games yang ditawarkan iaitu main ski atau naik roller coaster. Anak Kak Ida memang "tersangkut" lama di bahagian ini kerana tidak mahu melepaskan peluang bermain VR.




Ini adalah observation deck. Cantik kan?





Kid activities seperti coloring.






Keluar dari Skyscape, kita akan ke SkyShop untuk membeli cenderahati dan gambar telah diprint. Kak Ida berkesempatan membeli poskad, fridge magnet, pen dan juga gambar sebagai kenang-kenangan.




Sejujurnya, Kak Ida berpuas hati dengan pengalaman ini. Tempoh dua jam yang diberikan sangat cukup untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Insya-Allah.

Terima kasih Tourism Johor atas pengalaman ini. Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my