Friday, December 3, 2021

JJCM | Rock Cafe Nusajaya

Sebenarnya, esok adalah harijadi si dia. Jadi, dari semalam Kak Ida telah merancang aktiviti apa yang boleh dilakukan sebagai Pre Celebration Birthday.

Kak Ida memilih untuk menikmati makan tengahari di Rock Cafe yang terletak di Nusajaya setelah menghabiskan masa di Skyscape.

Perjalanan hanya mengambil masa 23 minit. Syukur, trafik cukup lancar.


Menariknya di sini adalah view dan suasana yang tenang dan mendamaikan. Hasil "risikan", antara cadangan menu adalah nasi ayam, nasi ayam penyet dan nasi beriani kambing.


Sungguh, memang sedap dan menyelerakan.

Kak Ida tidak sempat mengambil gambar makanan yang lain. Anak-anak lapar setelah menghabiskan tenaga tadi. Jangan lupa untuk mencuba menu yang Kak Ida listkan tadi. 

Ok, Kak Ida hendak bersantap dulu. Jumpa kita di next posting!



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my