Tuesday, December 14, 2021

Fraser's Hill

Alhamdulillah, inilah our next location, Fraser's Hill.

Perjalanan ke sini memakan masa 1 jam 49 minit iaitu sejauh 81 km dari Chalet Pak Teh. Sayang juga tidak ke Fraser's Hill kerana ianya satu jalan sebelum ke Kuala Lumpur.

Ini kali kedua Kak Ida jejakkan kaki ke sini. Allahu, nak kata serik, boleh juga kerana sepanjang perjalanan Kak Ida mabuk kerana jalannya yang berliku dan bersimpang siur!

Selain itu, Kak Ida ingin membawa mama dan papa yang belum jejakkan kaki ke sini. Bila lagi mahu habiskan masa dengan mereka kan?

Bukit Fraser ini mendapat nama sempena seorang pengembara Scotland iaitu Louis James Fraser. Mengikut kisah, pengembara ini hilang pada tahun 1916 dan masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.


Tetapi, rasa mabuk hilang bila Kak Ida melihat signboard ini. Ya Allah.


Oh ya, sebenarnya Kak Ida ada misi ke Fraser's Hill.

Itu dia!

Semata-mata peti pos tercantik di Malaysia ada disini! Yeay!

Keunikannya Pejabat Pos Malaysia adalah terletak pada bentuk bangunannya yang bercirikan England. Seribu kali sayang, tiada sekeping poskad pun Kak Ida dapat jumpa di Fraser's Hill untuk diposkan dari sini. Allahu!




Pejabat pos ini juga telah diwartakan sebagai salah satu Jejak Warisan.


Cantik kan?

Seterusnya, kami mengambil gambar kenang-kenangan di Menara Jam Bukit Fraser. Menara jam ini terletak di tengah-tengah pekan dan ia seolah-olah mercu tanda sebagai tanda kita pernah sampai ke Fraser's Hills.


Meneruskan perjalanan, Kak Ida mengambil peluang untuk menegur pada seorang pekerja India yang kebetulan berada disitu.

"Hello Pakcik, nak tanya boleh? Makan mana yang sedap disini?"

Tanya penduduk disitu.

"Pergi ke sana (sambil tunjukkan arah jalan). Ada cendol, ABC. Nanti makan sekali aaa rojak dengan mee goreng. Sedap makanan disitu."

Apa lagi, perut memang lapar berkeroncong. Menonong terus ke tempat yang dituju.

Sambil terfikir-fikir nak makan apa, terus pakcik yang menjual rojak itu menegur Kak Ida,

"Sini rojak, kuahnya dari ubi. Tak sedap tak payah bayar!"

Fuh, tercabar betul Kak Ida mendengarnya. Sedap sangat ke? Hahaha

Tetapi, mata itu ternampak kuih rojak. Sedap la hai. Terkenang zaman kecil Kak Ida.

Apa lagi, mula-mula order dua set sahaja, sudahnya menambah menjadi berset-set! Memang sedap weh.

Pakej "berpicnic" lagi. Pakcik rojak bentangkan tikar untuk keluarga kami. Meriah jadinya dan berlatar belakangkan Padang Golf Diraja Bukit Fraser.




"Pakcik, memang sedap sangat! Terima kasih."

Tersenyum pakcik itu bila mendengar komen dari Kak Ida.




Tercapai akhirnya impian Kak Ida untuk bergambar dengan peti pos tercantik di Malaysia. #DoneUpdate #RoadSchooling

Kenangan singkat bersama mama dan papa tercipta disini.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my