Saturday, December 11, 2021

Chalet Pak Teh D'Sg Kelang Raub

Yeay, musim cuti sekolah telah bermula. Walaupun Kak Ida bermula lewat dua hari dari perancangan asal kerana perlu menyantuni Aisyah mengambil peperiksaan UKKM terlebih dahulu di Maktab Rendah Sains Mara di Seri Alam, Johor Bahru.

No rushing at all. 

Akhirnya, Kak Ida bertolak ke Kuala Lumpur jam 2.15 petang. Syukur Alhamdulillah, selamat sampai jam 7.30 malam. Masa untuk merehatkan diri sebelum memulakan ittenerary esok.

12 Disember 2021

#Roadschooling kami telah bermula.

Kami bergerak ke Raub jam 11.00 pagi. Kalau boleh, kami ngam-ngam mahu sampai pada waktu check-in kerana tidak mahu bertembung orang yang check-out pada hari tersebut. Kami berkonvoi tiga kereta ke sana. Alhamdulillah, trafik dan cuaca sangat baik.



Dari Pekan Raub ke Chalet Pak Teh ini memakan masa 42 minit iaitu sejauh 41 km. Memang boleh tahan jauhnya kan? Tetapi cukup berbaloi dengan view



Sesuai seperti temanya, "percutian yang tidak menjanjikan kemewahan." Setiap chalet berkayu ini diberi nama sempena nama buah-buahan seperti pisang, kuini, rambai dan lain-lain. Chalet ini hanya menempatkan dua katil single sahaja. Manakala harga bilik berubah-ubah sama ada kita mahukan chalet yang mempunyai bilik air atau tidak atau dorm yang boleh memuatkan 5-6 orang dalam satu bilik. 

Untuk keluarga kecil kami, Kak Ida membuat keputusan untuk menempah dua bilik chalet untuk lebih selesa. 


Ringkas sahaja. Suasana kampung seperti ini memang best.



Anak-anak memang tidak sabar untuk membasahkan badan di sungai. Subhanallah, air sungai ini cukup jernih dan bersih. 

Sebelum mandi, kita menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh mama iaitu rendang ayam, labu masak lemak dan nasi. Memang cukup menyelerakan sambil mendengar bunyi desiran air sungai.


Sambil memastikan keselamatan anak-anak, si dia sudah mula menghidupkan bara untuk panaskan sate dari Jelebu. Ini kerana, Jijan perlu bergerak pulang ke Kuala Lumpur pada petang itu juga. Huhuhu.

Dalam masa yang sama, seorang demi seorang adik beradik Kak Ida sampai iaitu keluarga along, Jiji dan Amil. Seronok sangat bila kami semua dapat berkumpul bersama-sama bertukar cerita walaupun hanya dalam masa yang singkat kerana masing-masing terikat dengan komitmen.


Alhamdulillah, hari pertama yang cukup best kerana kami semua dapat berkumpul. 


Kucing yang menyambut kedatangan kami di Chalet Pak Teh. Comel sangat!

HARI KEDUA 
13 DISEMBER 2021

Selamat pagi dari Raub!

Alhamdulillah, lena betul kami tidur disini. Bunyi desiran air sungai menemani malam kami disini. Seawal jam 6.00 pagi, mama sudah mengejutkan si dia untuk membantu hidupkan dapur di BBQ Pitt. Menu sarapan pagi untuk hari kedua adalah nasi lemak. 

Anak-anak seperti biasa, sudah mula merengek untuk terjun ke dalam sungai. Sejuk atau tidak belakang kira, yang penting terjun dahulu. Hahaha...



Disini cerita bermula. Tepat jam 12.00 tengahari, elektrik dan line telefon tiada langsung disini. Oh sudah, memang cuak ok. Mula-mula, kami ingatkan hanya sementara sahaja.

Kak Ida dan mama keluar dalam 500 meter untuk membeli barang basah. Mujur ada kedai berhampiran Pak Teh Chalet. Akhirnya, kami membeli seekor ayam untuk digoreng dan juga sayur kangkung untuk masak lemak cili padi.



Surau juga disediakan.



Kak Ida tidak melepaskan peluang untuk OOTD disitu. View pokok getah yang memayungi perjalanan masuk ke Pak Teh Chalet sangat cantik. 


Lewat petang, air mula tiada kerana pam gagal berfungsi. Elektrik dan line telefon juga tidak nampak bayang. Mama mula memasak nasi goreng untuk makan malam. Bimbang juga dengan keadaan seperti ini.

Selepas makan, keluarga Along sudah bergerak pulang. Tinggallah keluarga Kak Ida serta mama dan papa.

Setelah berbincang dengan papa, kami membuat keputusan untuk stay dan dalam masa yang sama, kami mula mengemas barang sedikit demi sedikit. Ya, just in case!

Peralatan dapur yang kotor, si dia basuh di sungai. Si dia membuat keputusan untuk anak-anak berkumpul dalam satu chalet sahaja bersebelahan chalet mama dan papa sebagai langkah keselamatan. Mujur si dia ada membawa lampu kepala dan papa ada membawa beberapa batang lilin untuk anak-anak bermain bunga api. Jadi, chalet kami tidaklah terlalu gelap.

Anak-anak memang sudah biasa dengan suasana camping. Alhamdulillah... sentiasa teruja. 

Malam untuk mengalas perut, Kak Ida tunjukkan skill memasak maggie. Licin bak hang! Hihihi 


HARI KETIGA
14 DISEMBER 2021

Masa untuk pulang.

Alhamdulillah, air dan elektrik sudah ada pada waktu ini. Mama membuat keputusan untuk membuat jemput-jemput tepung bagi mengalas perut.

Anak-anak merengek untuk mandi buat kesekian kalinya. Takpelah, senang sikit untuk kami berkemas barang. Hahaha


Sementara anak-anak mandi, Kak Ida mula mengemas baju manakala si dia memasukkan barang ke dalam kereta. Memang kenangan sungguh percutian kali ini.



Tepat jam 8.30 pagi, kami sudah bergerak. 

Our next location, Fraser Hills!


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my