Friday, December 3, 2021

Pengalaman Go Kart @ X Park Sunway Iskandar, Nusajaya

Ini kemuncak untuk #PreCelebrationBirthdaySiDia.

"Abang, lepas makan ni, abang naik go kart ya. Hadiah birthday."

Terkejut si dia. Tiada angin tiada ribut. Ya, inilah suprise Kak Ida untuk si dia. 


"Ida sewa X-Park ini khas untuk abang..." sambil tergelak-gelak. Rezeki sebenarnya... hanya si dia sahaja yang bermain go-kart pada waktu ini.

Momen untuk si dia.


Sebelum itu, si dia mendengar taklimat keselamatan oleh marshal yang bertugas kerana Kak Ida memilih "Fast Kart" untuk si dia. Takkan nak pilih "slow kart" pula kan? Hihihi



Kemudian, si dia perlu check go kart sebelum memulakan pemanduan. Kenapa? Jika ada sebarang kerosakan "selepas" itu, silalah menyediakan duit untuk ganti rugi. Bukan kaleng-kaleng harganya.





Kami duduk di bahagian penonton. Anak-anak (i.e Kak Ida) memberi sokongan penuh pada si dia.

"Go ayah, go..."

"Go ayah, go..."

Nah, 58 saat. No bad!


Happy birthday abang, Mohammad Syamsul Kamisan .


Bergambar kenangan bersama marshal.

... dengan ucapan, esok sila temankan Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul buat ulangkaji untuk peperiksaan PSS dan UKKM ya.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my