Last outing sebelum tadika mula bercuti pada minggu depan. Perancangan asal hendak ke Nusajaya, tetapi, perancangan Allah juga yang terbaik.
Ini sahajalah peluang anak-anak untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan.
.
Gigih ibu mengambil cuti rehat demi anak-anak sehari selepas berkongsi taklimat untuk Lantikan Pegawai Baru. Dari semalam anak-anak cukup excited berkongsi cerita untuk program ini.
Dalam perjalanan pulang ke rumah manis, dalam kepala ligat memikirkan apa lagi yang boleh dibuat apabila perancangan asal telah diubah untuk picnic di TMYIC Hutan Bandar Johor Bahru.
Ting! Props picnic.
Gigih Kak Ida menelefon Teacher Fieqa dan Teacher Anisa untuk berkongsi idea. Yeay, mereka bersetuju.
Menu potluck pilihan adalah jemput-jemput nestum.
Alhamdulillah. Pagi itu, hujan renyai-renyai mula membasahi bumi. Allahu, semoga Allah memberi kelancaran dan memudahkan segala urusan. Mujur ada ruangan berbumbung. Fefeling kami di Cameron! Gituw
Simple but nice. Ada belon, bakul rotan picnic dan juga bantal serta selimut untuk props gambar kenang-kenangan. Love it!
Sebahagian dari menu potluck yang disumbangkan oleh mommies!
Terima kasih Teacher Fieqa Zaidi kerana merealisasikan impian Kak Ida.
Everything for you kids.
No comments:
Post a Comment