Alhamdulillah,
Selepas menikmati makan tengahari di Sungei Wang Plaza, kami meneruskan misi #RoadSchooling ke Pejabat Pos Dayabumi. Rupa-rupanya, tidak jauh dari Bukit Bintang. Hanya memakan masa 10 minit untuk sampai ke sini.
Semenjak menjadi salah seorang admin Filateli Hobi Teragung, Kak Ida membuat keputusan untuk singgah ke salah satu mercu untuk para filatelis.
Mercu tanda. Pejabat Pos Besar. Bukti Kak Ida telah sampai ke sini. Hihi
Deretan koleksi peti pos yang terletak di luar bangunan.
Kak Ida mengambil keputusan untuk poskan poskad Selamat Hari OKU Sedunia di sini. Malangnya, kaunter untuk membeli setem ditutup kerana waktu rehat. Alahai...
Takpelah, yang penting, selesai satu lagi misi. Terima kasih si dia kerana merealisasikan salah satu check list Kak Ida pada percutian kali ini.
No comments:
Post a Comment