Thursday, December 16, 2021

Roadschooling | Skytropolis, Indoor Theme Park Genting Highlands

Kemuncak percutian kali ini.

Pengalaman kali pertama anak-anak menaiki cable car. Kali ini Kak Ida memilih ke Genting Highlands kerana tidak jauh dari rumah mama.

Alhamdulillah, semua teruja. Seawal jam 7.00 pagi kami sudah memulakan perjalanna ke Genting Premium Outlet.

Tips:
Parking di tingkat paling atas di GPO untuk ke Bridge Awana SkyWay.


Kak Ida sudah menempah awal dan telah memilih Standard Gondola kerana harganya lebih murah berbanding Glass Gondola. Sejujurnya, risau juga memilih Glass Gondola kerana Ammar dan Aina agak gayat jika berada di tempat tinggi.

Syukur, kami dapat satu gondola untuk keluarga kami sahaja. Memang seronok dapat mengambil gambar bersama mencipta kenangan.


Muka penat. Memang kami pulun habis cuti kali ini. 



Sampai ke puncak Genting, baru kami dapat tahu kaunter Skytropolis dibuka pada jam 12.00 tengahari. Ya Allah, bertabahlah hati. Si dia membuat keputusan untuk mencari sarapan pagi dan berjalan-jalan di sekitar hotel untuk menghabiskan masa.




Kebetulan, tidak lama lagi krismas. Hotel dihiasi dengan lampu yang cukup indah. Pakej ada bunyi seolah-olah kita berada di dalam hutan.


Inilah kejutan untuk anak-anak sebenarnya.

Skytropolis, Indoor Theme Park.

Sudah lama Kak Ida tidak berjalan 20k langkah! 

Surrender bila mengenangkan tenaga anak-anak yang tidak habis. Alhamdulillah, Aina, Adilah dan Ammar ada keberanian memilih permainan yang dia mahukan.

Sensori Aina dan Ammar checked!
 
Masing-masing teruja untuk mencuba setiap permainan yang ada (dengan syarat mengikut ketinggian yang telah ditetapkan). Adrenalin mereka memang fuh!




Kak Ida membeli tiga tiket combo sekaligus! Puas hati...





Menara jam di Genting Highlands!











Takpelah, paling penting. Misi untuk anak-anak merasai pengalaman naik gondola tercapai.
Alhamdulillah, cuaca cukup cantik untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my