Saturday, January 1, 2022

Jurnal Penulisan 2022 | Tetamu Tidak Diundang

 

HARI 1

TETAMU TIDAK DIUNDANG

Hujan lebat membasahi rumah manis.

“Meow meow,” riuh bunyi anak kucing di belakang rumah memanggil ibunya barangkali. Pastinya kesejukan.

 Anak-anak sudah berlari ke dapur. Semua tidak sabar mahu menjenguk tetamu tidak diundang ini.

“Ibu, ada tiga ekor anak kucing” jerit Ammar. Tinggi suara si anak yang kedengaran teruja dengan lebatnya hujan yang turun.

“Manalah ibu dia ni…” bisik hati Kak Ida.

“Ammar, ambilkan ibu kain tuala kat bilik. Kita alaskan dulu bakul ni…”

Berlari si anak ke bilik untuk mencapai sehelai tuala. Terus dibalutnya anak kucing itu supaya tidak kesejukan.

“Comel anak kucing ni ibu…” Aina mengelus-ngelus lembut si bulus. Memang comel. Pastinya betina kerana ada tiga warna iaitu oren, hitam dan coklat.

Dari jauh, Kak Ida ternampak ibu kucing berlari ke arah anaknya. Risau menyelubungi wajah si ibu. Terus masuk ke bakul menjilat-jilat badan anak-anaknya.

Lembut mata ibu kucing memandang Kak Ida seolah-olah berkata,

“Terima kasih…” 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my