MIMPI INDAH
Tidak sangka, impianku untuk menyambung pelajaran peringkat di
ijazah akhirnya tercapai jua selepas 10 tahun aku menanti. Bukan tempoh yang
pendek.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah” tidak berhenti-henti mulut
ini memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Impian yang satu ini tidak pernah
padam dalam diari kehidupanku.
Aku membaca lagi surat itu.
Sebenarnya, aku menyambung pelajaran bukan di dalam bidang Geometik. Aku
terpaksa menukar major kepada Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.
Tidak mengapa…
“Ada hikmahnya.” Bisik hati aku.
Paling penting kursus ini masih berada di Fakulti Alam Bina dan Ukur. Ini bermakna, aku dapat mengurangkan tempoh pembelajaran kerana dapat pengecualian mata kredit pada mana-mana subjek yang telah diambil ketika aku menyambung diploma dahulu.
Doakan aku dapat menggapai impian ini sehingga ke akhir garisan. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment