Kring... kring... Kak Ida terus mengangkat telefon bila melihat nama yang terpapar di skrin.
"Sayang, esok kita ke Muar nak?"
Aduhai... tempat jauh lagi dikenang. Tidak mampu untuk berkata TIDAK, kerana banyak kenangan disana.
Keesokkan harinya, kami mula bergerak lebih kurang jam 8.30 pagi. Tidak mahu orang sana tertunggu-tunggu. Syukur, trafik lancar.
Kak Ida sampai di Pejabat Tanah, lebih kurang jam 11 pagi. Sambil menunggu urusan harta pusaka Andak selesai, Kak Ida ambil kesempatan untuk mengambil gambar disekitar kawasan Pejabat Tanah.
Cuaca cukup cantik. Membiru langit!
Selesai urusan Andak, kita makan dulu...!
Alhamdulillah, inilah kedai asam pedas pertama si dia bawa ketika pertama kali Kak Ida jejakkan kaki ke Muar.
Asam pedas JJ di Jalan Junid.
Hari ini kami berdua membawa anak-anak sambil mengimbau kenangan.
Pilihan ikan asam pedas. Tenggiri dan ikan merah.
Ok, jom tengok next location untuk Jalan jalan di Muar.
No comments:
Post a Comment