Lokasi seterusnya, kami singgah di Kedai Kopi 434 untuk boost tenaga. Kopi 434 ini terletak berhampiran dengan Terminal Bentayan Muar (Stesen Bas Muar) di Bandar Maharani. Jadi, untuk ke sini, kita perlu parking di terminal dan melintas jalan.
Kak Ida mahu merasai kopi signature dan anak-anak menikmati chocolate iced.
Apa yang menariknya, dalam kedai ini juga ada menjual biskut, roti, kopi serbuk dan uncang Sai Kee sendiri. One stop center untuk peminat kopi.
Roti kaya dan butter.
Bertemakan hiasan gajah, mesin kopi dan juga set-set cawan. Disatu ruangan dinding, diletakkan sejarah tentang Kopi 434.
Sai Kee Coffee telah ditubuhkan pada tahun 1953 di sebuah rumah kayu dua tingkat di belakang Sungai Muar di Jalan Ismail, Muar. Pengasas kopi ini ialah Encik Kiar Am Sai telah membuat kopi sebagai minuman popular di kalangan penduduk tempatan dengan produk yang dinamakan "Kopi Cap 434" dan kekal sebagai minuman kegemaran di kalangan pencinta kopi sama ada di dalam dan luar negara.
Kenapa 434?
Encik Kiar Am Sai memilih 434 kerana nombor 434 adalah nombor telefon tiga digitnya semasa tahun 1960-an dan nama itu kekal sehingga sekarang.
Selesai makan, si dia sempat membeli kopi untuk dibawa pulang.
Alhamdulillah, next journey kami adalah...
No comments:
Post a Comment